Artis / Selebriti
” Dahsyat la suara mak dia, meremang bulu roma dengar.. ” – Komen Netizen
Video Aisha Retno menjemput ibunya, Jean Retno Aryani menyanyi bersamanya ketika di majlis Rumah Terbuka Jodoh Lebaran. Fuhhh, patut lah suara Aisha power, dengar lah suara mak dia macam mana. Goosebump dengar part tarik tu..
Nama Aisha Retno bukan nama asing dalam industri muzik tanah air. Nama Aisha semakin bersinar apabila lagu-lagu ciptaannya menjadi siulan ramai terutamanya lagu raya Jodoh Lebaran. Baru-baru ini, Aisha telah pun menganjurkan majlis rumah terbuka Jodoh Lebaran.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok nurulasirah3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisha mengajak ibunya untuk menyanyi bersama. Untuk info, ibu Aisha iaitu Jean Retno Aryani merupakan penyanyi terkenal Indonesia era 80-an.
Untuk rekod juga, Jean [ernah menyertai bidang nyanyian selepas memenangi Pemilihan Bintang Radio & TV Indonesia 1985 dalam kategori keroncong. Hetty Koes Endang antara rakan artis yang seangkatan dengan ibu Aisha ini. Tidak hairan lah suara ibu Aisha sedap kerana dirinya sememangnya artis berbakat besar suatu masa dahulu.

Ramai yang memuji suara ibu Aisha. Paduan suara antara ibu dan anak ini hebat kerana kedua-duanya memiliki vokal dan tone suara yang menarik. Sekali ibu Aisha menarik tinggi suaranya, terpegun semua yang berada di situ. Pada usia emas pun suaranya tetap lunak dan merdu.
Jom tonton video di bawah :
@nurulasirah3 Mak n Anak powerrr 😫on fireeee betulss
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yeah bole masuk talk to my manager next year.. Aisha manager, mak artis hehe.. memang padu lah. patut lah suara aisha sedap, mak dia pun power weh.. “
” Sedapnya suara mak dia, love sangat dengar. kalau tak silap Mak nya Aisha Retno penyanyi Indonesia era 80an : Jean Retno.. “
” Memang genre mak nya lagu pop kan. Wow! No wonder la.. dua dua sedap, vokal superb.. “
” Ini lah dunia mak nak.. woo wooo tu mcm betul2 lepassssss hawee orr ( nada ganu ) hahahaha.. mak dia memang penyanyi kan dulu.. “
” Mak dia memang penyanyi dulu kan, penyanyi Indonesia.. mak memang mantap lah, sekali dia tarik, meremang bulu roma dengar.. “
” Suara mak Aisha memang letopan lah.. dahsyat la suara mak dia, memang bagus sekali berdua berpadu suara.. “
” Powerful genes, goosebump dengar. Mak pun suara mantap, mak anak memang power. sama naik tau mak dengan anak ni.. tone suara sama sama sedap.. “
Alunan suara yang mantap daripada ibu Aisha, seorang penyanyi yang berbakat besar dan tidak begitu dimamah usia suaranya. Menyanyi secara santai sahaja tetapi cukup bertenaga. Semoga selepas ini akan ada lagi gandingan duet Aisha dan ibunya di pentas-pentas besar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nurulasirah3, Portal Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

