Artis / Selebriti
” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
Video telatah adik Bell Ngasri, Baby ketika mendapat hadiah sempena hari lahirnya daripada Elly Mazlein buat ramai terhibur. Wah teruja betul Baby dapat hadiah daripada Kak Lina. Bell pulak kuat menyakat Baby. Part Baby tiba-tiba menyanyi tu kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Elly Mazlein, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Bell Ngasri bersama adik bongsunya, Baby. Menerusi video itu, Baby menerima hadiah sempena hari lahirnya yang diberikan oleh Elly. Kelihatan Baby dan Bell berada di sebuah kios kosmetik berjemana pada ketika itu.
Baby menerima sebatang lipstik berjenama dan Baby turut memberikan ucapan terima kasih kepada Elly kerana memberikan hadiah itu. Telatah Baby yang begitu teruja mencuba lisptik barunya itu juga turut dilihat mencuit hati kerana Bell cuba menyakatnya.
Di ruang kapsyen, Elly menitipkan kata-kata ucapan yang sangat bermakna kepada Baby. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat telatah Baby, lebih-lebih Baby sempat menyanyi ketika memakai lipstik tersebut.

Sehingga kini, posting yang dimuatnaik oleh Elly tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Amboi happy sungguh Baby dapat hadiah lipstik daripada Kak Lina Pom Pom, terus dipakainya apabila sudah dapat lipstik itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. Baby sebut “cantik cantik” tu ada mcm irama lagu la Lemak Manis.. “
” Sanah helwah baby yg penting ramai syg baby.. Rare one people dikelilingi org2 hebat.. Rakyat majmuk sokong sharifah.. “
” Mmg cantik.. Cantik baby.. Ala amboiii.. Kite pun sayang kaklina pompomm semakin cantik skg.. Hehehe abam jelos kt bby le tu.. “
” Alhamdulillah rezeki baby.. Dan2 kau sayang, hahaha Bell ni.. Ckp cantik pon siap nyanyi eakkk, cute la baby.. “
” Lancome mmg best lipstick dear. Tp i xbeli la, try kat tester je mmg cantik . Hehe happy birthday Baby, semoga sihat2 selalu.. “
” Sanah helwah baby.. Cuteee anak syurga ni.. Si abang pun kelakar benor.. Nasib si adik tak bagi penampor kuat menyakat.. “
” Baby pakai lippcetik pon boleh buat lagu you alll, cantik cantik ala cantik cantik, hebat babyyyy.. Lawak Baby.. Happy Birthday Syg.. “
Bell sempat bergurau meminta hadiah daripada Elly juga. Semoga dengan pemberian hadiah daripada Elly untuk Baby ini akan bertambah semangat Baby belajar makeup. Apa-apa pun, selamat hari lahir Baby. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

