Artis / Selebriti
” Selamat hari raya. Cewahhh hulubalang-hulubalang tu.. ” – Roy Azman
Sari Yanti Kongsi Gambar Raya Bersama Keluarga, Namun Penampilan Anaknya Barr dan Baasit Jadi Tumpuan. Kacak Sungguh Dua Hero Sari Ni, Dah Macam Hulubalang Raja !!
Akhirnya Syawal menjelma jua akhirnya setelah sebulan berpuasa. Sekalipun perayaan Aidilfitri tahun ini terp4ksa disambut secara tertutup dan kecil-kecilan, namun ini tidak menghalang semua orang untuk mengabdikan gambar kenangan termanis Aidilfitri untuk dijadikan sebagai kenangan.
Sari Yanti dan Jep Sepahtu antara anak perantau yang tidak dapat pulang beraya di kampung kerana PKP yang masih berlangsung sekarang. Sekalipun rasa sayu dan sed1h kerana tidak dapat melihat ibu dan ayah di depan mata di kala takbir raya dilaungkan, senyuman masih terukir di bibir pasangan ini.
Redha dan pasrah dengan keadaan ini, Sari bersama Jep dan anak-anak mereka Dariya Inara serta dua orang anak Sariyanti dari perkahwinan terdahulu bernama Barr dan Baasit turut mengambil gambar keluarga sebagai simpanan memori raya tahun 2020.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan sekeping gambar yang memaparkan mereka sekeluarga bergambar pada malam hari raya. Oleh kerana Barr dan Baasit akan menyambut 1 Syawal bersama ayah kandung mereka, gambar ini diambil lebih awal untuk diabadikan.
Jom baca perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CAjmlVfngEw/
Gambar mereka sekeluarga ini menarik perhatian ramai apatah lagi gaya Barr dan Baasit. Antara komen-komen mereka :
” Selamat hari raya… Cewahhh hulubalang-hulubalang tu.. ” – Roy Azman
” Pergghh yang kiri kanan paling tak menahan.. Handsome.. “
” Fuuuhhhh hulubalang kiri kanan baikkk.. “
” Kiri kanan panglima hensem.. “
” Kiri kanan tu bodyguard ke.. “
” Salam Syawal.. Kiri kanan ada pengawal cilik.. “
” Pengapit pendekar kiri dan kanan.. “
Bukan main lagi gaya pakaian Barr dan Baasit kali ini. Hulubalang setia penjaga Mama, Abah Jep dan Muntin tersayang. Gambar yang cukup lengkap dan mengambarkan kebahagiaan sebuah keluarga. Apa pun, semoga keluarga Sariyanti ini sentiasa gembira dan bahagia bersama selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Untuk berlakon ni sebenarnya susah. Susah untuk menjaga, tapi.. ” – Ina Naim


