Artis / Selebriti
” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Jep Sepahtu, Abu Bakr dan Muhammad Khidir menerima anugerah di sekolahnya raih perhatian ramai. Alahai, comel gelagat masing-masing masa naik pentas. Nampak manja sangat..
Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan dua orang cahaya mata Jep menerima Anugerah Bintang Harapan telah meraih perhatian ramai. Abu Bakr dan Muhammad Khidir merupakan anak istimewa Autism.
Kedua-dua anak istimewa ini merupakan insan hebat, namun kekuatan, usaha dan perkembangan positif mereka menjadi bukti bahawa setiap anak memiliki potensi luar biasa jika diberi ruang, sokongan dan kasih sayang yang berterusan.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa di luar sana yang melalui perjalanan sama. Ketika Khidir dan Abu Bakr naik ke pentas menerima anugerah, masing-masing mempunyai gelagat yang comel.

Perkongsian Jep ini menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rata-rata tersentuh melihat senyuman dan kegembiraan Abu Bakr serta Muhammad Khidir menerima pengiktirafan tersebut. Momen indah ini jelas membuktikan bahawa setiap pencapaian, sekecil mana sekalipun, wajar diraikan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Jep itu turut dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada peminat. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka.
” Yeaaay tahniah Abu bakr good job parents. Semoga dipermudahkan urusan membesarkan anak2 ini Hari kejadian comel ye memasing… “
” Alhamdulillah! Good job boys! Handsome lah pakai baju batik! Fly high Khidir & Abg Bakr! Good jobbbb anak abah ni.. “
” Moga allah panjangkan umur kita bang.. sy ada anak syurga autism juga sorg.. dh 8tahun. maaf tanya knp mk atau abahnya x nek pentas..sian plk tgk cikgu terpaksa handle.. “
” Alhamdulilah! Tahniah Abu bakr & khidir.. bintang harapan.. betul la abu bakr takmau bangun dari situ.. Kita sekasut Jep & Sari . Insyallah anak kita baik2 aja.. “
” Alhamdulillah tahniah abubakar akak yasmin.. Alhamdulilah ada perkembangan yg baik.. Teruskan terapi & capaikan tahap potensi semaksima mungkin.. “
” Alhamdulillah..abah salah! Dia tak berpusing atas pentas tapi setempat je bah tahniah semua! Saham bang jep n kak sari utk ke syurga.. “
” Abu bakr nk bwt pesembahan to naik pentass… Yihh geram chomel dua²… semoga dirahmati Allah selalu.. Manjanyaa dgn teacher.. “
Semoga Abu Bakr dan Muhammad Khidir terus membesar dengan sihat, bahagia dan dipermudahkan urusan dalam setiap langkah kehidupan. Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat mereka dan juga inspirasi buat semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

