Artis / Selebriti
” Selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu berdekah weh. Hilang terus keayuan Mira, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video reaksi Amira Othman yang takut dengan unta buat warganet terhibur. Wah pertama kali ni dengar suara Mira sekuat itu. Lawak lah Mira, mengekek Fattah gelak, haha..
Rissa Skin membawa duta-dutanya, Fattah Amin, Amira Othman dan rakan live FattMira, Bell Ngasri ke Desaru Johor Bahru untuk promosi terbaru mereka. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh team Rissa bersama Fattah, Mira dan Bell sepanjang berada di sana.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattmira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Mira ketika sedang memberi seekor unta makan. Mira sememangnya seorang yang penakut dan penggeli dengan binatang dan ini pernah diberitahu oleh Mira dalam live sebelum ini.
Kelihatan menerusi video, Fattah dan Bell turut berada bersama Mira dan ketika Mira menjerit kerana geli, semua yang berada di situ ketawa melihat reaksi Mira. Bukan senang mahu mendengar suara Mira kuat seperti ini kerana Mira seorang yang sopan santun dan lemah lembut ketika bercakap.

Warganet memuji Mira kerana Mira tidak langsung cuba berselindung dan menunjukkan sifat dirinya yang sebenar. Jeritan paling kuat pernah semua orang dengar keluar dari mulut Mira. Seronok warganet melihat semua ketawa dan sentiasa gembira sepanjang perjalanan mereka.
Jom tonton video di bawah :
@_fattmira Rupanya kak long pun takut unta ea😂#amiraothman #fattahamin #OurFAs #amiracleforfattah #doabaikbaik🤲 #rissaskin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku ingatkan unta tu yang bunyi haha.. berdekah weh dengar mira menjerit macam tu.. aku tengok je aku gelak, berulang ulang kali ya ampun kak long.. sumpah kelakar.. “
” Kelakar lah semua tumpu dekat kak long.. dengan abang long sekali lari.. kuat suara mira keluar, tak pernah dengar lagi biasa lembut je.. “
” Punya lah Mira takut dan geli dengan haiwan.. takde cover cover dah, ailurophobia.. suara mira ni boleh tahan kuat jugak, kalau jadi cikgu bergegar dewan haha.. “
” Wei bila selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu, berdekah ekk haha.. takut tahap gaban dah tu.. hilang terus keayuan di situ. Macam eh betul ke ni kak long haha.. “
” Kalau dah halal memang dia peluk abang long haha.. adoi lah aku yang ulang ulang tengok.. semua binatang mira takut ni, salah tempat bawak dia berjalan haha.. “
” Adui kak long, sakit perut gelak. Lucu lah kak long, terserlah suara kak long yang kuat.. takut tapi tetap sahut cabaran.. “
” 10 kali ulang tengok 10 kali jugakla kita ngekek gelak, comey wehh amira jerit haha.. Unta pun terkejut dengar kak long menjerit haha.. memang tak cover dah kalau dah jerit tu.. “
Siapa sahaja yang tidak terkejut mendengar suara jeritan Amira itu. Fattah pun tergelak melihat gelagat Amira yang penggeli dan takut dengan unta itu. Tunggu vlog Rissa keluar nanti, tentu lebih banyak moment yang mencuit hati dan menarik dirakamkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattmira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti15 hours ago Artis / Selebriti15 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
