Artis / Selebriti
” Selalu Jep yang kenakan orang, kali ni dia pulak yang terkena. Haha.. ” – Daebakingz
Video Jep Sepahtu Terkena Dengan Salah Seorang Penonton Ketika Program Sepahtu Reunion Live Yang Mencuit Hati. Sampai Geleng Kepala Jep Dengar Ayat Tu, Haha !!
Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live yang bersiaran setiap hari Khamis di saluran Astro Warna antara rancangan yang diminati ramai. Penuh dengan seloka dan jenaka namun terselit pengajaran dalam setiap episod, Sepahtu menerajui program ini dibantu dengan artis jemputan lain.
Meninjau akaun Instagram Daebakingz, telah dikongsikan suasana ketika rakaman Sepahtu Reunion sedang dilakukan. Jep kelihatan sedang berbual dengan salah seorang penonton yang mengatakan dia baru balik ke tanahair.
Mengucapkan syukur Alhamdulillah, Jep bertanyakan pula kepada penonton ini apakah dia pulang dengan menaiki flight namun jawapan penonton ini membuatkan penonton ketawa. ‘Bukan naik flight tetapi naik kapal terbang’, berdekah penonton itu sendiri ketawa dengan jawapannya.

Terpinga-pinga sebentar Jep, selalunya Jep yang mengenakan orang dengan ayat-ayat padunya, tetapi kali ini Jep terkena lah. Namun Jep tetap Jep, pandai Jep menjawab menyuruh kru memberikan air kepada penonton tersebut kerana pen4t membuat kelakar.
Jom tonton video di bawah :
Bukan selalu dapat melihat Jep dikenakan penonton. Reaksi wajah Jep tu pun sudah membuatkan penonton tergelak. Untung penonton ini, siap dapat air daripada tangan Jep sendiri. Bukan satu tetapi dua terus diberi oleh Jep, untuk isteri katanya.

Menggeleng-geleng kepala jugalah si Jep bila sesekali kena sakat dengan penonton. Apa-apa pun, Jep memang sporting dan pandai menghiburkan penonton dengan ayat spontannya. Semoga Jep maju jaya selalu dan Sepahtu Reunion Live kekal menjadi rancangan kegemaran ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daebakingz, IG Sepahtu Reunion Live Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

