Artis / Selebriti
” Sekali Ustaz Syamsul Debat buat lawak, riuh satu dewan. Betul-betul kelakar, haha.. ” – Netizen
Video Ustaz Syamsul Debat Muncul Sebagai Cameo Di Sepahtu Reunion Live Buat Penonton Terbahak Ketawa. Adoi Lawak Betul Part Jep Dengan Ustaz Tu. Sampai Lupa Dialog Terus Ustaz Gara-Gara Perangai Masuk Air Jep. Ustaz Tahan Ketawa, Jep Pulak Yang Terduduk Terus Ketawa !!
Sepahtu Reunion Live kembali lagi dan lebih banyak aksi yang menggeletek hati penonton baik di auditorium mahupun di rumah. Seperti biasa, pada setiap episod pastinya ada cameo yang dibawakan bersama untuk berlakon bersama team Sepahtu dan kali ini adalah penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat.
Meninjau akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan sedutan video babak Ustaz Syamsul bersama Jep Sepahtu dan Ebby Yus. Dalam episod kali ini, Jep membawakan watak Hafiz yang baru sahaja kemat1an ayahnya. Lebih sayu, ayah Hafiz men1nggal disebabkan oleh Hafiz sendiri.
Ustaz Syamsul memang terkenal dengan sikapnya yang lucu dan suka membuat kelakar setiap kali memberikan ceramah dan motivasi. Apabila Jep yang pelawak, bertemu dengan Ustaz Syamsul yang kelakar, memang kecoh lah jadinya.

Jep pula tak duduk diam, sekejap berdiri di kanan, sekejap diubah posisi ke kiri dengan mimik muka lucu sehinggakan Ustaz Syamsul sendiri terpaksa menahan ketawa. Tak berhenti penonton gelak melihat aksi Ustaz Syamsul dan Jep, ngam betul gandingan kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Syamsul debat klu msuk sepahtu ngam oo..ahahaha.. nampak kelako tp mata ku berair tiba-tiba.. bab ayah ni sensitif btl.. ”
” Bgla aku cakap, nanti lari habis dialog yg baru aku hafal tadi, aku tgh feeling ni, korang panggil aku utk muncul last² kan’-USD dlm hati.. ”
” Tolongla jemput selalu USD ni.. aura dia lain mcm.. kelakarrrr ustaz ni.. dalam kelakar ada nasihat… elok sgt tiap2 mggu muncul.. ”
” Bagi lh sy ckp dulu haha.. dlm lawak ada nasihat. mmg best.. sekali USD buat lawak, riuh satu dewan.. ”
” Dalam lawak ada moral. terbaik sepahtu reunion.. Minggu ke 8 mmg sed1h menitik air mata.. betul2 kena pada jiwa.. ”
” Ngam laa ustaz masukkk.. ustaz nak gelak , gelak jer haha.. aku suka gabungan ni.. ustaz Tu baru kluar je Aku dah gelak.. ”
” Tgk ustaz yg masuk ak dh keras perut gelakkk.. gelak Sama je diaorg berdua nie ustaz dgn jep.. trbaik la… betul2 kelakor.. ”
Dalam ramai-ramai cameo, Ustaz Syamsul antara yang dikategorikan paling kelakar oleh warganet. Episod yang dalam kelakar ada kisah sedih serta pengajarannya untuk semua tentang ikatan kasih sayang seorang yang bergelar ayah. Semoga ada peluang lagi untuk Ustaz Syamsul Debat muncul dalam Sepahtu Reunion pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zon Lawak, Tiktok Jackchan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



