Artis / Selebriti
” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
Video Erra Fazira kongsi pengakuan jujur reaksinya ketika pertama kali melihat wajah bakal suaminya, Ezwan Zain buat ramai terhibur. Alamak, betul-betul jujur ni Erra. Bak kata Ezwan, nak mengata lah tu. Berdekah dibuatnya, haha..
Semalam pelakon Erra Fazira membuat pengumuman mengejut bahawa dia bakal menamatkan zaman solo bersama teman istimewanya, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. E’ sebelum ini. Menurut Erra, pernikahan tersebut bakal dilangsungkan pada 12 Disember 2025 bersamaan hari Jumaat, jam 8 malam.
Meninjau di akaun Instagram milik kasionzchannel, telah dikongsikan dua video yang memaparkan Erra dan Ezwan menjadi hos dalam sebuah rancangan. Menerusi video pertama, Erra berkongsi tentang kali pertama dia berjumpa dengan Ezwan.
Manakala video kedua pula memaparkan Ezwan menceritakan yang dirinya tidak pernah berjumpa dengan Erra sebelum ini dan hanya mengenali Erra dengan nama Erra sahaja. Perkongsian dua video ini mengundang tawa warganet selepas mendengar pengakuan Erra mengenai reaksinya setelah melihat wajah Ezwan ketika kali pertama berjumpa.

Ramai warganet menyatakan bahawa Erra dan Ezwan dilihat pasangan yang serasi, malah turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga nanti dipermudahkan. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan komen daripada peminat setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet, dan rata-ratanya memuji serta menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahahahaha omeynyeeee Kak Erra n Mr E sukanyaaa.. Hang kebun, last last jatuh cinta juga eeh Kak Erra.. “
” Lahhhh tak perasan tersenyum tgk ni hang kebun dibaginya che wan ni haishh, hahahaa.. Btw cute tengok pasangan ni.. “
” Adoii macam kebun, hahahahaha Erra bagi setempek, memang lawak lah dengar pengakuan Erra tu, hahahaha.. “
” Faliq la yg kenal kn n kenen2 kan ek, pandai kau Faliq, akhirnya berjodoh juga dua orang ni, haahhahaa.. “
” Aloh2 sweet lah ye.. Manisnya Erra ni.. Tahniah Erra dan Mr E.. Semoga rumah tangga yang bakal didirikan akan kekal bahagia selamanya.. “
” Kiranya serasi bersamalh tuu.. Orangnya pun bolih tahan hensem lah jgk.. Semoga jodoh berpanjangan hendaknya.. “
” Dalam pada “PANAS” dan Ha.Ha.. Kebun.. Last² terpikat dan nak kawin.. Semoga kekal seumur hidup.. “
Gelagat manis dan mesra Erra dan Ezwan dalam perkongsian video ini bukan sahaja mencuit hati warganet, malah membuat ramai peminat semakin teruja menantikan hari bahagia mereka. Semoga segala persiapan perkahwinan berjalan lancar, dan pasangan ini terus dikurniakan kebahagiaan, keharmonian, serta kasih sayang yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasionzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

