Artis / Selebriti
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
Video parodi tak nak taugeh oleh Elly Mazlein dan Pak Azad undang ketawa warganet. Kak Lina punya gedik tak nak taugeh tu bukan main lagi ye. Awal-awal sabar je Pak Azad melayan dan asingkan taugeh. Last-last dah hilang sabar, habis terbang semuanya, haha..
Beberapa hari lalu, tular video yang memaparkan seorang wanita sedang menangis ketika sedang makan char kuey teow bersama kekasihnya. Difahamkan wanita tersebut menangis kerana char kuey teow yang dipesannya itu mempunyai banyak taugeh kerana dia seorang yang tidak makan taugeh.
Namun begitu, effort teman lelaki wanita tersebut cuba mengasingkan taugeh yang ada pada pinggan char kuey teow wanita itu telah mencuri perhatian warganet. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga sempat menadah tangannya untuk teman wanitanya itu meluah kembali taugeh yang sudah termakan olehnya.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Pak Azad dan Elly Mazlein membuat parodi video taugeh tersebut. Kelihatan Elly memesan sepinggan mee goreng yang mempunyai taugeh dan Elly menangis kerana tidak suka taugeh.

Bukan itu sahaja, Elly turut memesan air teh o ais limau, namun dia tidak mahu limau yang ada pada air teh o ais itu. Telatah Pak Azad melakonkan watak sebagai kekasih Elly telah mengundang tawa warganet. Sehingga kini, video parodi yang dilakonkan oleh Pak Azad dan Elly telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@myresipi Siapa gigih asing taugeh juga macam ni? Video : bckupacc99
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Akak dulu pon laki romantik dik, selalu kopekkan udang sblm makan . Lepas 5 tahun kawin, dia suruh akak telan je udang tu skali ngan kulit dia, haha.. “
” Hahahahhaha gewanm je kan tgk original video nya ermmmm.. Video yang ni tengok geram mcm nak cubit pipi, haha.. “
” Mengekek aku gelak tengok.. Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher kepom, hahahahaa. Geram betul tu gayanya Pak Azad.. “
” Lalu pulak tu Pak Azad menadah tangan Kak Lina luwek togehh itu hahahahahahaha.. Campak balik tu yang WIN hahaha.. Nampak Pak Azad bukan seorang kekasih yang penyabar, haha.. “
” Sengal la, hahahaha.. Jgn susah hati.. Ni musim taugeh. Kita dulu pernah mengharungi musim ‘cendol’.. Kalau aku jd awek tu tak kluar rumah stahun wooo malu.. “
” Part ludah balik tuu adoiiii hahahahhahaha bdekahhhh.. Masuk air betul lah Kak Lina dengan Pak Azad oi, berdekah aku gelak.. “
” Ramai pulak org buat parodi pasal tak mkn taugeh ni ye.. Tp yg Kak Lina dan Pak Azad punya versi tak menjengkelkan mcm yg lain.. Yg lain² mcm mintak kaki.. “
Part ketika Pak Azad melemparkan sisa makanan yang diluahkan oleh Elly paling mencuit hati. Mesti Elly pun tak sangka Pak Azad akan buat seperti itu. Perkongsian ini hanyalah hiburan semata-mata. Diharap semua pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


