Artis / Selebriti
” Sekali bapaknya pecahkan rahsia room tour dia dekat Malaysia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Azhar Sulaiman membebel ketika mahu mengubah suai bilik anak perempuannya, Kasih Iris Leona mencuit hati ramai. Fuh banyak betul barang dalam bilik Leona nak kena kemas, dah macam barang satu rumah. Patut lah Azhar membebel tak berhenti, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon Azhar Sulaiman, telah dikongsikan video yang memaparkan Azhar mahu mengubah suai bilik anak perempuannya, Kasih Iris Leona. Tulis Azhar, Leona mahu biliknya diubah menjadi sebuah bilik seorang puteri.
Namun, apa yang mencuit hati adalah mendengar leteran Azhar apabila dirinya terpaksa mengeluarkan semua barang-barang Leona yang ada di dalam bilik Leona. Azhar juga menunjukkan ‘suasana’ bilik Leona yang masih dipenuhi dengan barang yang perlu dikeluarkan.
Perkongsian video Azhar ini turut mengundang tawa warganet. Seloroh mereka, menonton video leteran Azhar seperti merasakan diri mereka adalah Leona. Selain itu, ada peminat mengatakan tidak sabar untuk melihat hasil tangan Azhar mengubah bilik Leona.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik oleh Azhar di akaun TikToknya itu telah menerima ribuan komen dan ditonton lebih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Memang banyak betul barang Leona, ingat sudah habis dikeluarkan, rupa-rupanya masih banyak lagi dalam bilik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@theazharsulaiman Renovating Leona’s Room. Dia nak bilik macam Princess la pulak….
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Azhar dan kagum dengan bakat Azhar yang merupakan seorang arkitek. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sekali bapaknya pecahkan rahsia room tour dia dekat Malaysia, haha.. Rasa mcm kena bebel berjemaah padahal tu bukan bilik kita, haha.. “
” Aku ingat barangnya dah banyak dah kat luar tu sekali kat dalam banyak lagi.. Patut lah Bahar bebel tak berhenti, hahaha.. “
” Kita bakal saksikan ‘air tangan’ arkitek Azhar Sulaiman soon. So sir Azhar.. You better make us STUNNING okayyy.. Tak sabarrr nya.. “
” Untung nyer leona Father you Architect.. Kau minta je nak design macam mana, semuanya boleh.. Mesti cantik bilik Leona nanti.. “
” Leona punya request.. Kami yg kena dgr abehar bebel.. Terus rasa insaf.. Sekali aku bangun pergi kemas bilik weh.. Huhuhu.. “
” Aku dengar sambil membayangkan, rasa mcm aku pulak yg Leona hahahahahahahahaa.. First time jadi Leona… Salam ayah.. “
” Leona bestnya dapat ayah yg teliti mcm ni… Byk idea , architect pulak tu. Tapi yang tak bestnya, sekali kami kena bebel ni, waaa.. “
Kasih seorang bapa kepada anak perempuannya, apa sahaja yang diinginkan oleh anaknya, pasti akan ditunaikan. Part last sekali tu paling sweet, sempat lagi Azhar bertanya kepada Leona adakah Leona menyayanginya. Apa-apa pun, kita nantikan bilik baru Leona nanti, mesti cantik sangat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok theazharsulaiman, IG azharsulaiman, kasihirisleona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

