Artis / Selebriti
” Sedapnya suara, 100% ikut rakaman. Maintain betul suara dia.. ” – Komen Netizen
Video Irene Savari menyanyi secara live lagu Bersama Di Hari Raya buat ramai yang teruja mendengarnya. Ramai yang tak tahu penyanyi asal lagu ni berbangsa India. Walaupun sudah 20 tahun usia lagu ni, suara Irene masih maintain macam dahulu, sedap sangat..
Pasti ramai yang pernah mendengar lagu raya berjudul Bersama Di Hari Raya. Lagu tersebut sering dimainkan di radio setiap kali menjelang hari raya dan pastinya ada juga di kalangan kita yang masih tidak mengetahui lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan oleh adik-beradik berbangsa India.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Malaysia Hari Ini (MHI), telah dikongsikan video yang memaparkan Irene Savari menjadi tetamu jemputan rancangan tersebut. Menerusi video itu, Irene menyanyikan kembali lagu Bersama Di Hari Raya secara live.
Perkongsian video ini menjadi perhatian wargnaet. Ramai yang mengatakan suka mendengar suara Irene menyanyikan lagu tersebut. Komen warganet, suara Irene masih sama seperti dahulu dan nyanyiannya kedengaran seperti rakaman lagu itu pada 20 tahun yang lalu.

Kehadiran Irene ke rancangan Malaysia Hari Ini hanya seorang kerana difahamkan kakaknya, Helen Savari sekarang menetap di luar negara. Sehingga kini, perkongsian video nyanyian Irene telah mendapat ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara, 100% ikut rakaman. Maintain betul suara dia.. Legend lagi best kalau semua berkumpul adik badik, mesti meriah.. “
” Kaset sgt ni suaranya, suka sgt lagu ni tau.. Tq kerana menceriakan hari raya kami.. Suka betul dengar lagu ni bila tiba hari raya.. “
” Antara lagu yang menaikkan seri hari raya.. Tak seri kala tak dengar lagu ni.. Dulu memang tak sangka kata penyanyinya berbangsa India.. “
” Memori sangat ni, setiap kali raya patut jemput official Majlis Rasmi Negara, Rumah Terbuka.. Lagu famousss bila Raya Dari Dulu … Legend.. “
” Aduh.. Auto mengimbas kembali masa kanak-kanak di hari raya.. Feeling nostalgic betul tau lagu ni.. Sangat2 raree.. Sangat sedap.. “
” Sebulat sebulat sebutan bahasa melayu akak ni… Perhh bangga wei.dulu ingat kn org melayu yg nyanyi.. Lagu ni memang wajib ada dan di siarkan tiap kali hari raya.. “
” Suara tak pernah berubah, memang legend.. Serius sama sebiji2 dengar.. Zaman dulu penggunaan bahasa melayu dikalangan org bukan melayu begitu fasih… Lagu lama tetap berbisa.. “
Masih merdu suara Irene, terbuai-buai mendengar nyanyiannya. Untuk rekod, Irene Savari dan Helen Savari merupakan ahli kumpulan yang dikenali sebagai Cenderawasih dan lagu Bersama Di Hari Raya ini dikeluarkan pada tahun pada tahun 2005 iaitu 20 tahun yang lalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mhi_tv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

