Artis / Selebriti
” Ni yang aunty tunggu-tunggu selama ni Talita, cute betul dengar.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Raja Ilya, Talita Love belajar bercakap bahasa Tamil buat ramai terhibur. Alahai, comel betul dengar Talita cakap Tamil, pandai lah Talita ni..
Bagi yang selalu mengikuti pelakon Raja Ilya di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Raja Ilya suka berkongsi video mengenai gelagat anak-anaknya iaitu Talita Love dan Royal Abraham. Ada sahaja perkongsian mengenai dua beradik ini yang menarik perhatian warganet.
Terbaru, Raja Ilya ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya sedang mengajar anak sulungnya, Talita bercakap bahasa Tamil. Menerusi video itu, Talita yang sedang baring mengikut apa yang disebut oleh Raja Ilya mengenai sebutan perkataan dalam bahasa Tamil.
Tulis Raja Ilya di ruangan kapsyen mengatakan sebelum ini Talita sudah belajar bahasa Melayu dan kali ini, Talita perlu belajar bahasa Tamil. Seloroh Raja Ilya, selepas ini dia sudah mempnyai geng untuk pergi menonton wayang cerita Tamil kegemarannya.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa suka dan terhibur menonton gelagat Talita ketika belajar bercakap bahasa Tamil. Bukan itu sahaja, ada juga memuji Raja Ilya yang mengajar anaknya pelbagai bahasa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Raja Ilya dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ni yang aunty tunggu-tunggu selama ni Talita, cute betul dengar.. Cute lah Talita.. Lepas ni power lah Talita, banyak bahasa boleh cakap.. “
” Hope one day will meet you talitha. I want to speak to you in all the languages you can speak. I have been ur follower since u mum get pregnant.. “
” Untung dia. Melayu, Tamil, English, Itali.. Fuhhh hebat lah Talita. Comelnya lah Talita.. Belajar banyak bahasa syng ontie.. “
” Wow bagusnya nnt mama ada ken tgk film Tamil esok2 plak dh pandai bole belajar Hindi.. Pandai cakap banyak bahasa ni tak rugi.. “
” Suka tgok gelagat Talita bijak n cute.. Geram tengok Talita yg gebu ni. Makin besar makin cantik persis ibu dia lah.. Semoga jadi anak yang baik yer Talita.. “
” Waa so cutee. Pinjam bawak balik Malaysia boleh tak budak comel ni.. Eeeeee geram betul kita tengokk gelagat dia, hehehhehe.. “
” Lepas ni senang lah, mummy dah ada geng gosip ler.. Hehehe.. Mulut dia bercakap tu geram betul kita tengok.. Comel sangat Talita ni.. “
Alahai comel sungguh mendengar Talita menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Tamil. Bak komen warganet, Talita sangat beruntung kerana baru berusia beberapa tahun sudah mempelajari pelbagai bahasa. Apa-apa pun, semoga Talita terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak serta solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

