Artis / Selebriti
” Sedap betul suara Aliff bawa lagu ni. Tapi sedih lah tengok gambar anak-anak tu.. ” – Komen Netizen
Video Aliff Aziz cover lagu bertajuk Takdir Buatku. Part Aliff share video momen bersama anak-anak buat ramai tersentuh. Sebaknya, mesti Aliff rindu sangat dengan Ayden dan Ara..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Aliff Aziz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Aliff sedang menyanyikan sebuah lagu. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini penyanyi yang berasal dari Singapura ini.
Menerusi video itu, Aliff membawakan lagu bertajuk Takdir Buatku nyanyian asal Izzal Anuar dengan penuh penghayatan. Setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan kedengaran begitu menyentuh perasaan sehingga membuatkan ramai yang sebak dengan emosi yang disampaikan.
Apa yang lebih menyentuh hati, Aliff turut menyelitkan beberapa gambar throwback bersama anak-anaknya, Ayden dan Ara ketika mereka masih kecil. Paparan tersebut seolah-olah meluahkan rasa rindu seorang bapa terhadap anak-anak yang amat disayangi.

Rata-rata warganet memuji kelunakan suara Aliff dan menyatakan nyanyiannya itu seakan menggambarkan isi hati dan perasaan yang sedang dilaluinya ketika ini. Sehingga kini, video nyanyian Aliff tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain memuji suara Aliff merdu, ramai yang turut memberikan pelbagai kata-kata semangat kepada Aliff. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap betul suara Aliff bawa lagu ni. Tapi sedih lah tengok gambar anak-anak tu.. Keep strong Abang Aliff.. “
” Nyanyian anda dri isi hati yg sgt dalam. Deep. Teruskan berkarya. Tetap semangat bro.. InsyAllah nanti dapat jmp dgn anak2.. “
” Jauh tu… Memang deep. The pain, the broken soul, deep inside, I truly feel you, bro.. Stay strong okkk.. “
” Insha’Allah semoga selalu dpt anak2 jumpa daddy dia ya.. Semoga hubungan ayah IBU serta ank2 tetap kekal baik untuk ank2.. “
” Talented, suara sedap n terbukti semasa di GV.. Semoga Allah pelihara kamu dari perkara2 yg tdk baik kelak.. “
” Sedap lagu ni dan suaranya… Semoga segalanya berakhir dengan baik dan diredhai Allah, aminnnn.. “
” Apa2 yg berlaku sblm ini jd la sbg iktibar & pengajaran.. Jadi seorang ayah yg baik utk anak² ye, Aliff.. “
Perkongsian video tersebut bukan sahaja menonjolkan bakat nyanyian Aliff Aziz, bahkan menyentuh emosi ramai yang menontonnya. Momen penuh perasaan ini membuktikan bahawa kasih seorang bapa terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar walau apa jua keadaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamaliffaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

