Artis / Selebriti
” Adoi lawak lah, boleh pula sembunyi dalam baju, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Ayai Ilusi Bersama Aliff Aziz Di Dalam Bilik Persalinan All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Terhibur. Berdekah Semua Orang Bila Ayai Sembunyi Dalam Baju Aliff, Dah Macam Buat Magic. Kelakar Betul Masa Ayai Keluar Dari Baju Tu, Haha !!
Perjuangan penyanyi Ayai Ilusi terhenti selepas namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad lalu. Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri profesional menjadikan dia peserta tercorot minggu lalu.
Meninjau di akaun TikTok milik anak Ayai, telah dikongsikan satu video mencuit hati yang memaparkan gelagat Ayai ketika berada di dalam bilik persalinan baju bersama peserta-peserta lelaki All Stars Gegar Vaganza. Menerusi video itu, Ayai sedang menyakat Alif Aziz.
Ayai telah masuk ke dalam baju kot Aliff yang besar dan bersembunyi di dalamnya. Selepas itu, Ayai keluar daripada baju tersebut dan orang-orang yang berada di dalam bilik persalinan semuanya berdekah ketawa melihat gelagat Ayai itu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada peminat mengatakan suka melihat cara Ayai menyakat Aliff yang dikatakan seperti ayah dan anak. Sehingga kini, video Ayai ditonton lebih 20 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@menaoneamy ni la kegiatan di dlm bilik persiapan..🤣🤣🤣🤣🤣🤣 @Ayai iLLusi Official #gv10ayaiillusi #gv10allstars #gv10 #ayaiillusigegarvaganzaallstarz #ayaiillusi #fypシ #fypシ゚viral
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa setelah menonton video Ayai dan ada yang meluahkan rasa terhibur. Antara komen tersebut adalah :
” Adoi lawak lah, boleh pula sembunyi dalam baju, haha.. Abang comey, and adik tinggi melonjonggggg, hehehee.. “
” Hahahhahaaha comel betul tengok.. Abg Ayai tetap penghibur kami. Tak menang takpe kerana abg sentiasa menjadi penghibur kpd semua.. “
Alahai Ayai, mentang-mentang lah Aliff tu tinggi, boleh pula Ayai masuk sembunyi dalam baju Aliff. Mana lah semua orang tak ketawa. Ezad Lazim pun tak henti-henti ketawa melihat Ayai yang menghiburkan hati mereka di bilik persalinan. Boleh tahan kelakar juga Ayai ni rupanya.

Menerusi akaun Instagram radio Sinar, dikongsikan satu video wawancara bersama Aliff dan akui Aliff yang dia memang rapat dengan Ayai dan Ezad. Aliff juga mengatakan Ayai seorang yang paling sweet serta penyayang kerana sikapnya yang sangat prihatin jika rakan-rakan yang lain ada yang tidak sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok @menaoneamy, IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen



