Artis / Selebriti
” Sebut je one thousand, Dato’ terus jegil bijik mata, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Atikah Suhaime prank suaminya, Datuk Lokman Teh buat ramai terhibur. Terkejut muka suami Atikah bila dengar harga Cushion Foundation tu. Part last tu memang sempoi, terbaik lah Dato’, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Datin Atikah Suhaime, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Atikah sedang mempromosikan sejenis cushion foundation daripada sebuah jenama produk kecantikan. Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian warganet bukan sekadar promosi tersebut, sebaliknya telatah Datin Atikah yang sempat menyakat suaminya, Datuk Lokman Teh.
Menerusi video berkenaan, Datin Atikah secara bersahaja memberitahu cushion foundation itu berharga RM1,200. Mendengar jumlah tersebut, Datuk Lokman jelas kelihatan terkejut dan terus memberikan reaksi spontan yang mencuit hati.
Malah, Datuk Lokman juga berulang kali bertanya sama ada harga cushion foundation itu benar-benar semahal yang disebutkan. Reaksi terkejut Datuk Lokman itu nyata mengundang tawa warganet yang menonton video berkenaan. Ramai yang terhibur melihat cara Datin Atikah menyakat suaminya dengan wajah selamba.

Apa yang menariknya, di akhir video Datuk Lokman dilihat menghulurkan sejumlah wang kepada Datin Atikah sambil meminta isterinya membeli cushion foundation tersebut lagi. Tindakannya itu dibuat selepas melihat sendiri kualiti cushion foundation berkenaan yang kelihatan sangat baik dan sesuai digunakan oleh isterinya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sumpah lawak sangat tengok muka terkejut your husband, haha.. Bestnya sbb husband terus je hulur modal buat tambahkn lg bedak yg worth it tu.. “
” Ur husband lokmantea is so sweet and he is lucky to have u who still looks. Beautiful w/o breaking the bank.. Best wishes to 2 of u.. “
” Sebut je one btl thousnd lg hahaha dato terus jegik biji mata.. Ulang2 akk tgok lucu sangat tengok, kuat menyakat betul lah tikah.. “
” Dia terkejut harga mahal tapi hulur jugak duit suh beli lagi, ahahahaha lelaki dalam sejuta lah suami Tikah ni, haha.. “
” Encik suami kena scam ye hahahaa… Singgit je dia bagi lepas tahu kena scam, haha berdekah aku tengok video ni.. “
” Saya jarang komen org tapi yg ni kelakar, hahaha.. Macam gitu je dia scam husband dia, haahaha.. Btw sweet couple lah.. “
” Haha terkejut beruk org tu dengar bedak apa lah sampai 1 ribu, hahaha last2 kena scam pun hulur juga duit suruh beli lagi, ahah..”
Ramai warganet turut memuji layanan Datuk Lokman yang disifatkan sebagai seorang suami penyayang dan prihatin terhadap keperluan isterinya. Jelas sekali, kemesraan serta gurauan spontan pasangan ini berjaya mencuri perhatian serta meninggalkan senyuman di wajah yang menonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG therealatikahsuhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

