Artis / Selebriti
” Sama cantik sama padan betul lah tengok. Handsome dan cantik.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Eizlan Yusof, Zareef Yusof membantu anak Dato’ Aliff Syukri, Qadejah El Zahra membuat Dubai Cookies raih perhatian ramai. Makin handsome lah Zareef sekarang ni. Comel lah gelagat Zareef dan Qadejah..
Baru-baru ini, anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, Qadejah El Zahra mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan minat dalam dunia perniagaan menerusi penjualan Dubai Cookies. Usaha Qadejah atau mesra dengan panggilan Cess membuahkan hasil apabila jualannya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Selain itu, kesungguhan Cess dalam berniaga turut mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarganya. Datin Shahida juga kerap berkongsi perkembangan dan momen-momen menarik berkaitan perniagaan anaknya di media sosial dan ianya juga menarik perhatian warganet yang mengikuti perjalanan Cess sebagai usahawan muda.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan video memaparkan kehadiran anak lelaki kepada pelakon terkenal Dato’ Eizlan Yusof iaitu Zareef yang berkunjung ke rumah mereka. Menerusi video tersebut, Zareef dilihat turut sama membantu Cess menyediakan cookies.

Telatah kedua-dua remaja ini mencuri perhatian warganet. Ramai yang seronok melihat keserasian dan keakraban yang terjalin antara Cess dan Zareef. Tidak kurang juga yang berseloroh serta menyakat mengatakan Zareef kelihatan sangat sepadan sekiranya berjodohan dengan Cess suatu hari nanti. Untuk info, Zareef merupakan kawan kepada Baem.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sama cantik sama padan betul lah tengok, hehe.. Berbunga lah hati sis tengok video hiks.. Handsome dan cantikk.. “
” Kenapa eh tengok dah macam Alip syukri ngn bini dia lak versi mude dulu, hehe.. Mana tahu kan ada jodoh dorang nanti.. “
” Mesti datin berkenan sungguh dgn Zarif ni kan, heheh. Sesuaii datin sesuai.. Akhlak baik budaknya sopan santun, lulusss.. “
” Berapa umur Zareef ni, sebaya amar ke sebaya Cess, nampak serasi pulak dengan cess, pewaris megah holding.. “
” At least dapur yang besar dan cantik tu digunakan sepenuhnya oleh Cess… Dato Datin pun masak kat outdoor kitchen tau.. “
” Helok dua2 ni … Sepadan dorang ni dan sekufu moga berjodoh aamiin.. Lagu pun main peranan betul yer, haha.. “
” Amboi soft spokennya. Handsome plak tu.. Sesuai sgt dh korang dua.. Hensemnya bakal menantu datin.. “
Jelas kelihatan sokongan keluarga dan rakan-rakan terdekat memainkan peranan penting dalam menyemai semangat keusahawanan sejak usia muda. Didoakan semoga Cess terus berjaya dalam perniagaannya dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mencuba serta berusaha mencapai impian mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

