Viral
” Sebenarnya pada hari Ahad tu, anak saya sebelum ke asrama.. ” – Ibu Zara Qairina
Video ibu kepada mangsa buli, arwah Zara Qairina menangis ketika bercerita perangai pelik arwah Zara dan makanan terakhir yang dibawa pulang ke asrama buat ramai sebak. Sedihnya dengar permintaan terakhir Zara. Zara memang berat hati hendak pulang ke asrama rupanya..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar Harian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama ibu kepada pelajar yang terjatuh dari bangunan asrama SMA Tun Datu Mustafa, Limauan Papar baru-baru ini, Zara Qairina iaitu Puan Noraidah Lamat. Zara disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Menerusi temubual ini, Puan Noraidah berkongsi cerita mengenai perangai pelik yang ditunjukkan oleh Zara sebulan sebelum kejadian tragis itu. Katanya, Zara banyak meminta untuk makan di kedai. Pada pagi Ahad sebelum pulang ke asrama, Zara juga menyediakan roti telur untuk ibunya itu.
Selain itu, Puan Noraidah juga ada membekalkan kek batik kerana Zara terlalu gemar makan kek batik. Air mata Puan Noraidah tidak berhenti mengalir ketika bercerita mengenai anak tunggalnya itu. Tambah Puan Noraidah juga, Zara selalunya pulang ke asrama pagi tetapi pada hari tersebut, dia meminta untuk pulang lewat ke asrama.

Puan Noraidah tidak menyangka itu adalah permintaan terakhir Zara. Sepanjang Zara memulakan sesi persekolahan dan duduk di asrama, hati Puan Noraidah selalu tidak tenteram memikirkan anaknya itu. Pemergian Zara benar-benar meninggalkan kesan yang besar untuknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam mana hati mak tak tenteram macam tu lah hidup pembuli tu seumur hidup.. tolonglah cari pembuli arwah tu.. “
” Nangis dengar cerita mak Zara ni.. Innalillahiwainailaihirojiun semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkn di kalangan beriman.. Moga diberi kekuatan n kekuatan pada ibu ini.. “
” Allah anak tunggal pulak tu. tak tergambar sedihnya hati mak bila hilang satu-satunya anak yang dia ada.. nangis sama dengar makanan terakhir zara tu.. “
” Kesiannya tak taulaa sebagai seorang ibu pilu hati. hari-hari mesti nangis. anak tunggal kot sayangg gila kot takutnya sekarang ni.. “
” Allahuakbar berat ujian nya semoga akk sabar terus tabah dgn dugaan dr Allah,innalillahwainnaliklahirojiun, semoga tenangvarwah di sana , semoga mendpt keadilan buat arwah dan menjadi iktibar buat kita semua, al fatihah.. “
” Kuat ya ibu.. berat dugaan untuk ibu zara ni. anak tunggal kot zara tu.. alfatihah untuk arwah Zara.. “
” Allahu anak tunggal pulak tu, sedihnya tak tahu macamana remuk hati mak arwah.. tak dpt byg perasaan akak ni.. semoga kuat ye kak.. semoga keadilan utk adik Zara.. “
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila kehilangan satu-satunya anak tunggal yang ada. Pemergian yang tidak langsung diduga dan tanpa sebarang pesanan. Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk adik Zara dan kami mendoakan agar ibu Zara diberikan kekuatan untuk menempuhi waktu sukar ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar Harian, Portal Sinar Harian, Tiktok Noraidah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

