Artis / Selebriti
” Saya tak sanggup tengok babak yang hujung.. ” – Mamat Sepah
Muncul Dalam Iklan Pak Mat Western, Lakonan Shuib Sepahtu Dan Mamat Sepah Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Part Last Yang Ada Satu Kerusi Kosong Tu. Kambing Perap Pun Bertiga, Deep Sungguh !!
Setiap kali iklan Pak Mat Western dikeluarkan, pasti jalan ceritanya menarik dan membuatkan warganet terhibur. Ramai selebriti yang sudah pun menjayakan iklan produk ini antaranya Sharnaaz Ahmad, Noornabila, Jebat Jayden dan ramai lagi. Kali ini giliran Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah pula beraksi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan video penuh lakonannya bersama Mamat. Umpama mengimbau kembali kenangan mereka sewaktu sebelum bergelar pelawak, video ini ada suka dan duka yang diolah dengan cukup baik.
Kenangan Mamat bekerja di kedai makan dan hubungan persahabatannya bersama Shuib menjadi penguat jalan cerita. Teruja juga semua yang terlibat secara spontan dalam video ini apabila Mamat menyuapkan potongan daging perap untuk dirasai.

Ada beberapa babak yang menyentuh hati warganet salah satunya apabila seorang pelanggan mengatakan kepada mereka ayat ‘ kambing pun bertiga ‘. Ending iklan ini juga membuatkan warganet sebak kerana ianya seperti ditujukan khas untuk seorang lagi sahabat baik mereka. Yang tahu sahaja tahu siapakah sahabat mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sangup tengok kerusi kosong kat tengah tu , siapa yang letak tu.. Tak cukup forum tu bang jepsepahtu.. “
” Sedih , sedih part kerusi kosong tu. semoga korang bersatu kembali.. Aku doa kan semua bersatu kembali.. comeback is real.. “
” Last² tu allah… Aku antara peminat sepah. Rindu sangat gelagat sepah. Semoga persahabatan kekal terjalin.. jangan layan yg toxic macam kau terpaling tau apa jadi antara diorang ni.. “
” Jepsepahtu dorang rindu tu hulur tangan. Tak salah sambut tangan yang dihulur.. Kambing perap pun bertiga eh.. deep.. “
” Jepsepahtu ni la kawan2 abg dulu bang time sama2 susah dulu.. tak rindu ke bang ? Insyallah mesti bersatu… Saya doakan.. “
” Moga lembut hati semua sepah, moga indah utk korg.. Ade bagi hint comeback ke.. Semoga baik2 saja. .tiada apa yg mustahil.. “
” Anda bertiga umpama daun kipas.. patah satu daun kipas tu tak sempurna berpusing.. jd, satukan kalian hari ini… yg lepas jgn dikenang “
Mamat turut meninggalkan komennya pada posting ini :

Lakonan yang lawak tetapi diselitkan juga sedikit moment yang meruntun jiwa warganet. Sahabat selamanya akan menjadi sahabat cuma mungkin keadaan belum mengizinkan. Semoga segala kekusutan akan terlerai dan kembali bersahabat seperti dahulu. Sahabat dunia akhirat selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

