Artis / Selebriti
” Saya ni bukan lah belajar menyanyi dari kecil ke, ataupun dari kecil dah ada cita-cita nak jadi penyanyi.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin menjawab soalan bagaimana mendapat idea untuk menjadi seorang penyanyi buat ramai terhibur. Berdekah Dina dan Falyq dengar jawapan Fattah. Fattah pun tak tahan gelak juga, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin menjadi tetamu jemputan untuk segmen Borak Selebriti bersama pengacaranya, Dina dan Falyq. Menerusi video itu, banyak topik yang diborakkan oleh mereka bertiga.
Antara video yang menarik adalah ketika Dina bertanya kepada Fattah bagaimana datangnya idea Fattah untuk menjadi seorang penyanyi. Secara spontan, Fattah berkata idea tersebut bermula dari bilik karaoke rakan-rakan memuji suaranya sedap dan boleh menjadi seorang penyanyi.
Bermula dari semangat yang diberikan rakan-rakannya itu, Fattah mula berjinak-jinak ke dalam bidang seni suara. Selain itu, ada juga video memaparkan Fattah ditanya soalan mengapa sekarang ramai yang menggelarkan dirinya dengan panggilan ‘ Abang long ‘ .

Akui Fattah panggilan tersebut sebenarnya adalah kerana dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Walau bagaimanapun, sempat Dina dan Falyq menyakat Fattah dengan bertanya mengapa Amira Othman juga ramai memanggil ‘ Kak Long ‘ sedangkan dia bukan anak sulung.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka good vibe mcmni baik je and very supportive.. Drpd bilik karaoke” haahahhahaha serius aku berdekah weh, lawak betul.. “
” Aku ingat aku je rase bole jadi penyanyi lepas balik karok.. Rupanya Fattah pun sama yer, hahaha.. Tapi suara Fattah sedap juga menyanyi.. “
” Sangat random n juju jawapannya.. Nampak lah dia jujur, hahaha.. Fattah ni kalau dia cakap kadang2 rasa kelakar juga rupanya.. “
” Bukan Dina je ketawa, aku yang dengar pun ketawa.. Ooo rupanya itu lah permulaan Fattah terdetik nak jadi penyanyi, haha.. “
” Abg long mcm tau Dan mengiyakan ‘wanita’ Tu.. Siap confirm kn ank kedua.. Cubaan fad NK JD ahli store, hahaha terbaik lah.. “
” Mula2 tu konon nak pusing jwpn, tapi ending kantoikan diri sendiri, hehe.. Senyum simpul abg long bila nama kk long disebut ye.. “
” Terbaik kena bahan.. Bak kata Irfan kami buat2 tak faham ek neeeeyyyyy.. Rasanya betul ni, tak lama lagi kita dapat lah dengar berita gembira tu.. “
Rupa-rupanya Fattah dahulu mempunyai hobi suka berkaraoke dan kawan-kawannya juga antara yang memberikan semangat untuk Fattah berani melangkah menjadi seorang penyanyi. Apa-apa pun, semoga Fattah terus maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IGsinar_my, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

