Artis / Selebriti
” Satu-satunya harta arwah Hani Mohsin. Wajah saling tak tumpah seperti ayahnya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Puan Sri Tiara Jacquelina sempena hari lahir anaknya, Hani Karmila Mohsin rih perhatian warganet. Cantiknya Hani Karmila Ni. Semakin besar, semakin nampak seiras dengan muka arwah Hani Mohsin..
Menerusi perkongsian Puan Sri Tiara Jacquelina di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan koleksi gambar anak perempuan hasil perkahwinannya bersama arwah Hani Mohsin bernama Hani Karmila Mohsin. Ini adalah bersempena hari lahir Mila yang jatuhnya pada hari ini.
Puan Sri Tiara meluahkan rasa bangganya terhadap satu-satunya anak perempuannya ini. Rasa kasih Puan Sri Tiara terhadap Mila tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kata Puan Sri Tiara, melihat Mila membesar, dia kagum dengan ketekunan dan kerja kuat Mila untuk mencipta kejayaan.
Mila tidak hanya mempunyai rupa paras yang cantik tetapi juga bijak dan mempunyai bakat dalam bidang seni. Tidak hanya pandai berlakon, Mila juga boleh menyanyi dengan baik. Mila juga banyak terlibat dalam beberapa iklan produk, antaranya iklan Malaysia Airline Berhad.

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ramai yang mengatakan wajah Mila mengingatkan semua kepada arwah Hani Mohsin. Seperti melihat arwah Hani Mohsin dalam versi wanita. Senyuman yang sama juga seperti arwah ayahnya itu.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Shes so beautifull.. happy birthday .. shes remind me arwah abang mohsin.. happy birthday girl.. “
” Satu-satunya harta arwah Hani Mohsin.. Happy birtday girl.. Beautiful just like you Tiara.. “
” Happy birthday gorgeous girl.. The apple didn’t fall far from the tree.. beautiful as her mom.. sweet girl and so pretty.. “
” Happy birthday beautiful Mila Mohsin.. Tengok Mila mmg terbayang wajah arwah Hani Mohsin.. “
” Happy Birthday dear Mila.. tengok Mila teringat allahyarham Hani Mohsin.. wajahnya saling tak tumpah dengan arwah ayahnya.. “
” Happy bday Mila.. May Allah grant all Your prayers and bless you more .. stay gorgeous like Your Mom.. “
” Happy birthday Mila, ada iras arwah hani mohsin.. cantik dan ayu macam mama.. A mix of daddy n mommy’s face.. “

Wajah yang saling tak tumpah seperti arwah bapanya. Mila satu-satunya peninggalan arwah Hani Mohsin yang akan menjadi pengubat rindu peminat apabila melihat wajahnya itu. Selamat ulangtahun kelahiran daripada kami di Berita Kopak dan semoga Mila berjaya dalam hidup serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tiara Jacquelina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

