Artis / Selebriti
” Sarah akan ada dalam diri I sampai bila-bila.. ” – Shuib Sepahtu
Video Shuib Sepahtu Menjawab Isu Tidak Menjaga Hati Isteri Barunya, Watie Hanifiah Kerana Sering Post Tentang Arwah Siti Sarah. Part Jawapan Watie Bila Shuib Kata Sarah Akan Selalu Di Hati Tu Paling Tak Sangka. Salute Lah Watie, Satu Dalam Sejuta Ni !!
2 tahun sudah berlalu sejak Siti Sarah men1nggalkan Shuib Sepahtu dan anak-anak. 2 tahun juga lah Shuib tidak putus-putus berkongsikan kenangan bersama Sarah dan nasihat Sarah yang selalu dipesan kepadanya. Apabila Shuib menikahi Watie Hanifiah, perkongsian tentang Sarah tetap ada.
Ini menimbulkan cakap-cakap di kalangan warganet dan Shuib dikatakan tidak menjaga hati Watie sebagai isteri. Menjawab pertanyaan daripada wartawan, jawapan kepada persoalan ini diterangkan oleh Shuib secara jelas dan diharap dapat memuaskan hati semua.
Meninjau akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan video penjelasan Shuib. Kata Shuib, dari awal lagi ini adalah mengapa dia memilih Watie. Keterbukaan Watie dan menerima Shuib seadanya termasuk kisah silam Shuib, itu istimewanya Watie pada Shuib.

Cerita Shuib lagi, Watie sendiri akan bertanyakan sekiranya dia tidak bercerita tentang Sarah. Malah kata Watie, dia tidak kisah dan Sarah memang perlu sentiasa ada dalam hati Shuib. Niat Watie adalah untuk menggembirakan semua orang dalam keluarga terutamanya Shuib dan anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila tak post kata lupa daratan .. bila post kata tak jaga hati isteri.. Watie ok je tu, kita doakan yang baik-baik.. ”
” Bila byk post psl arw4h korang bising, bila byk post psl watie pun korang kecoh. Serba slh la org tu. Jgn ckp x yah post apa2, sbb dia infulencer/artis dia mmg kena ade content kt soc med.itu kerjaya dia.. ”
” Semoga Allah merahmati Shuib sekeluarga. Yg dah tiada kekal dlm memori, yg ada di sisi melaksanakan tugas yg ditinggalkan. Kedua2nya anugerah yv perlu dijaga.. ”
” Hanya shuib sendirik yg tahu isi hati dia dan watie. dan ALLAH SWT sahaja yg tahu isi hati shuib.. Watie ni macam 1 in a million gitu.. ”
” Betul tu. Allah sebaik2 perancang. apa yg dah jd ada hikmahnya.. hanya dia yg tau apa yg dia lalui n apa effect after Allah kurniakan dia setelah dia kehilangan.. haa cmtu.. ”
” Allah.. hebatnya Allah.. iamwatie baik orgnya.. btl aturan dia.. smg iamwatie n shuibsepahtu bhgia hgga jnnah.. amiin.. ”
” Yela hati isteri kan. bagus la watie ikhlass.. Wei isteri dia okay jelah.. Watie always the best.. memahami hati Shuib dan sangat supportive orangnya.. ”
Bak kata Shuib, Allah tersangat baik padanya. Hilang Sarah tetapi digantikan dengan Watie yang sangat memahami. Semoga rumahtangga Shuib dan Watie kekal aman damai, dikurniakan kegembiraan dan kebahagiaan sehingga ke hujung nyaw4, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, ig Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

