Artis / Selebriti
” Sangat berhemah kata-kata Saharul ni. Suka sangat tengok perubahan Saharul.. ” – Netizen
Video Terbaru Saharul Ridzwan Menjawab Mengenai Harta Yang Ditinggalkan Untuk Isteri Dan Anak-Anak Buat Ramai Kagum. Bagusnya Pegangan Dan Ajaran Saharul Untuk Keluarga. Jawapan Aali Tu, Sejuk Hati Dengar !!
Saharul Ridzwan pernah bergelar antara hero Malaya kesukaan ramai. Selain memiliki wajah dan penampilan yang segak, lakonan Saharul juga hebat dan pandai menjiwai semua watak yang diberikan. Namun kini Saharul tidak seaktif dulu dalam dunia lakonan dan lebih menumpukan kepada perniagaannya.
Meninjau akaun Tiktok Saharul Ridzwan, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Saharul menjawab pertanyaan seorang warganet berkenaan harta yang ditinggalkan untuk anak dan isteri. Tenang dan teratur sahaja tutur kata Saharul dan jawapannya menunjukkan kematangan Saharul sebagai suami dan ayah.
Tiada ada satu pun harta dunia yang ditinggalkan kerana ianya akan menjadi bebanan kepada isteri dan anak sekiranya Saharul pergi dulu. Apa yang ditinggalkan hanyalah agama dan sunnah kerana itu akan menjadi bekalan paling berharga di sana.

Andai kata Saharul dijemput Ilahi, dia mengajar anak-anaknya agar bergantung harap kepada Allah. Anak sulung Saharul, Aali juga menjawab Allah ketika Saharul bertanyakan soalan kepada siapa perlu dia berharap apabila Baba sudah tiada. Indahnya kehidupan Saharul sekarang, yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@saharulridzwan7 Harta untuk family? 😅
Sehingga kini, perkongsian oleh Saharul ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka tengok abang saharul ni. dulu air muka nampak baik, ceria. sekarang tambah 1 lagi, nampak tenang je.. tersentak kita dari lamunan sebab tak terfikir macam Saharul fikir.. ”
” Bersih berseri banyak wajahnya dari dulu. Mantap tauhid, semoga Saharul menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.. ”
” Wajah org yg dkt dgn ugama memang nmpk dan bercahaya, Air muka bersih.. Btul kata tuan guru, org yg jaga solat mmg nur tu ads di wajah. Tenang.. ”
” Tersentuh dengan kata-kata Saharul ni, ramai yang tak fikir macam ni. sedangkan nafas kita pun pinjaman dari Allah.. ”
” Setuju ni… sediakan bekal utk kita.. bekal utk keluarga xpa sebab rezeki diorang dah tercatat dah.. semoga Allah luaskan rezeki Saharul.. ”
” Suka sangat tengok perubahan Saharul.. bila lepaskan kerana Allah, Alhamdulillah hati bertambah tenang. Semoga terus kuat dan bahagia Saharul.. ”
” Sangat berhemah kata-kata Saharul ni. setiap yang keluar dari mulut adalah kerana Allah. Saya doakan Allah limpahi saharul dan family dengan rahmat.. ”
Saharul lebih tahu apa yang terbaik untuk keluarganya dan jihad Saharul ini kerana Allah SWT pasti akan ada manisnya di pengakhiran. Semoga segala urusan Saharul dipermudahkan, dilimpahi rezeki yang melimpah ruah selalu dan segala impian serta perancangan 2024 termakbul.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Saharul Ridzwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



