Artis / Selebriti
” Pandai sangat ni, kalah kalkulator dia punya laju tu.. ” – Netizen
Perkongsian Terbaru Betty Rahmad Video Anaknya, Ardy Wira Menjawab Soalan Matematik Buat Warganet Teruja. Fuh Baru 5 Tahun Dah Pro Matematik. Laju Sungguh Wira Selesaikan Semua Soalan Tu, Bijak Sangat !!
Jika disebut nama Ardy Wira, pastinya warganet akan terbayangkan si kecil yang pemurah dengan senyuman itu. Anak kepada Betty Rahmad dan Ardy Damis ini kini sudah 5 tahun usianya. Membesar dengan penuh kasih sayang, Wira juga merupakan seorang anak yang pintar dan cepat belajar.
Meninjau akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video terbaru Wira. Dapat dilihat Betty menyediakan soalan Matematik di papan putih melibatkan proses tambah dan tolak. Wira seperti biasa, dengan penuh yakin mula menjawab soalan tersebut.
Menakjubkan kerana pada usianya ini, Wira sudah dapat menjawab kesemua soalan di papan putih tersebut dengan pantas. Kebijaksanaan Wira ini mendapat perhatian dan warganet meminta tips daripada Betty bagaimana cara untuk mendidik anak agar menjadi pandai seperti Wira.

Betty turut meminta pandangan daripada semua follower di akaun media sosialnya ini untuk memberikan cadangan sekolah mana yang terbaik untuk Betty menghantar Wira bersekolah. Hanya belajar di rumah sudah sepandai ini, melangkah ke alam sekolah nanti tentu jadi best student.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Betty ini telah pun meraih perhatian ramai dan ratusan komen direkodkan untuk posting ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mcmmana didik wira. Bijak dan sgt behave dan cepat matang. Boleh share? Anak sy pun sebaya wira tp masih lompat sana lompat sini. Mcm xduduk diam. diam bila time tido aje.. ”
” MasyaAllah TabarakaAllah …. WIRA my boy. anak yang cerdik, bijak dan pandai sangat ni. kalah kalkulator dia punya laju tu.. ”
” Bijaknya Wira, Rasanya wira dah advance sangat ni. kat school nanti confirm every year dpt award best student inshaAllah.. ”
” Assalamualaikum bettyrahmad boleh share cara nk ajar bijak.. atau boleh share tuisyen /class yg kite boleh explore utk anak Sy.. ”
” Ya Allah Wira dah besar.. clever boy wira ni, laju betul dia jawab soalan math tu. Kagumnya tengok kepandaian Wira.. hebat didikan Betty.. ”
” Sukanya tengok budak bijak ni. kacang je dia jawab semua soalan tu. ini baru betul genius.. confirm sekolah nanti jadi student harapan sekolah.. ”
” Hari ni mengajar lain pulak ustaz kecil ni, Alhamdulillah.. clever boy. Bijak sangat 5 tahun tapi sangat-sangat pandai bawa diri.. ”

Bangganya ada anak sebijak Wira ini, ramai yang mendoakan agar Wira berjaya dunia dan akhirat. Tahniah kepada Betty kerana berjaya mendidik Wira menjadi anak yang pandai, tidak hanya dalam belajar tetapi juga anak yang penuh dengan adab sopan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



