Artis / Selebriti
” Sampai pernah 3 kali Jemyma menangis nak jadi actress and model like ibu.. ” – Fasha Sandha
Video Fasha Sandha Menjawab Pertanyaan Kenapa Anaknya, Putri Rasyha Jemyma Tidak Boleh Jadi Pelakon. Kesiannya Jemyma, Sampai Menangis Nak Jadi Pelakon. Tapi Memang Salute Jawapan Fasha !!
Memandangkan Fasha Sandha antara pelakon wanita popular dalam industri, setiap perkongsian mengenainya pasti menjadi sorotan peminat dan juga pihak media. Fasha mempunyai 2 orang anak perempuan yang mula menunjukkan minat dalam bidang seni.
Jemyma dan Aisha, kedua-duanya pernah terlibat dalam rakaman iklan bersama Fasha. Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan satu video temubual Fasha dan Aidil bersama wartawan. Mereka diajukan soalan tentang tawaran lakonan untuk Jemyma dan Aisha.
Fasha mengakui Jemyma mendapat banyak tawaran dan salah satunya sebagai watak utama bagi drama kanak-kanak. Namun semuanya ditolak kerana bapa kandung Jemyma, Rizal Ashram Ramli tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni.

Sekali pun sudah berpisah, Fasha tetap mengikuti kehendak bekas suaminya itu. Betul kata Fasha, Jejai bapa Jemyma dan keizinannya penting untuk apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Jemyma. Fasha ada pemikiran yang matang dan beradab serta menghormati Jejai sebagai bapa kepada anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Fasha ini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus Jejai dan bagus Fasya hormat bekas suami.. Fasha dan Aidil pun sporting.. ”
” Bagus sepakat dalam membesarkan anak walaupun dah bercerai. Macam ni baru harmoni. Anak-anak pun tak tersepit antara mak ayah.. ”
” Bagus Jejai, terbaik boss Jejai. Semoga Allah permudahkan kita mendidik anak-anak. Berjaya dunia Akhirat.. ”
Betul kata Fasha, harmoni selepas perpisahan amat penting untuk kebahagiaan anak-anak. Baru lah anak yang ibu dan bapanya berpisah tidak merasa tersepit antara keputusan mak atau ayah yang patut dituruti. Baik ibu atau ayah perlu mainkan peranan masing-masing dan saling bertolak ansur.

Tidak mengapa lah Jemyma, mungkin Dada rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk Jemyma terdedah kepada dunia lakonan. Siapa tahu, apabila Jemyma dewasa nanti, Dada akan izinkan. Apa-apa pun, semoga keharmonian antara Fasha dan Jejai ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Jejai Ashram Ramli, IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



