Artis / Selebriti
” Sampai pernah 3 kali Jemyma menangis nak jadi actress and model like ibu.. ” – Fasha Sandha
Video Fasha Sandha Menjawab Pertanyaan Kenapa Anaknya, Putri Rasyha Jemyma Tidak Boleh Jadi Pelakon. Kesiannya Jemyma, Sampai Menangis Nak Jadi Pelakon. Tapi Memang Salute Jawapan Fasha !!
Memandangkan Fasha Sandha antara pelakon wanita popular dalam industri, setiap perkongsian mengenainya pasti menjadi sorotan peminat dan juga pihak media. Fasha mempunyai 2 orang anak perempuan yang mula menunjukkan minat dalam bidang seni.
Jemyma dan Aisha, kedua-duanya pernah terlibat dalam rakaman iklan bersama Fasha. Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan satu video temubual Fasha dan Aidil bersama wartawan. Mereka diajukan soalan tentang tawaran lakonan untuk Jemyma dan Aisha.
Fasha mengakui Jemyma mendapat banyak tawaran dan salah satunya sebagai watak utama bagi drama kanak-kanak. Namun semuanya ditolak kerana bapa kandung Jemyma, Rizal Ashram Ramli tidak mengizinkan anak-anaknya menceburi bidang seni.

Sekali pun sudah berpisah, Fasha tetap mengikuti kehendak bekas suaminya itu. Betul kata Fasha, Jejai bapa Jemyma dan keizinannya penting untuk apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Jemyma. Fasha ada pemikiran yang matang dan beradab serta menghormati Jejai sebagai bapa kepada anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Fasha ini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus Jejai dan bagus Fasya hormat bekas suami.. Fasha dan Aidil pun sporting.. ”
” Bagus sepakat dalam membesarkan anak walaupun dah bercerai. Macam ni baru harmoni. Anak-anak pun tak tersepit antara mak ayah.. ”
” Bagus Jejai, terbaik boss Jejai. Semoga Allah permudahkan kita mendidik anak-anak. Berjaya dunia Akhirat.. ”
Betul kata Fasha, harmoni selepas perpisahan amat penting untuk kebahagiaan anak-anak. Baru lah anak yang ibu dan bapanya berpisah tidak merasa tersepit antara keputusan mak atau ayah yang patut dituruti. Baik ibu atau ayah perlu mainkan peranan masing-masing dan saling bertolak ansur.

Tidak mengapa lah Jemyma, mungkin Dada rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk Jemyma terdedah kepada dunia lakonan. Siapa tahu, apabila Jemyma dewasa nanti, Dada akan izinkan. Apa-apa pun, semoga keharmonian antara Fasha dan Jejai ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Jejai Ashram Ramli, IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



