Artis / Selebriti
” Sampai esok pun tak siap kerja sekolah ni Tiara. Kelakar lah Tiara.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak Achey, Tiara belajar membuat kerja sekolah bersama seorang lelaki buat warganet terhibur. Adui lah Tiara, sumpah kelakar. Mengekek gelak, haha..
Anak perempuan Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah Nasir sememangnya sering mencuri perhatian warganet. Tiara seorang kanak-kanak yang ceria dan selalu membuatkan orang-orang di sekelilingnya terhibur melihat telatah dan ragam Tiara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tiara Candy, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan seorang lelaki mengajar Tiara mengeja untuk menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru Tiara. Lelaki itu yang membiasakan dirinya dengan panggilan abang memberi arahan kepada Tiara.
Sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran, lelaki ini berpesan supaya Tiara mengikuti apa yang disebutkannya. Tiara pula mengikut arahan dan terjadi lah drama kelakar antara Tiara dan lelaki tersebut. Semua yang dikatakan oleh lelaki itu diulang semula oleh Tiara.

Jenaka spontan oleh Tiara ini menggeletek hati warganet. Sudah seperti babak dalam drama lagenda P Ramlee adegan Ajis dan Sudin dalam gua pula. Bak komen warganet, Tiara ini lebih kelakar daripada Achey dan tidak mustahil apabila besar nanti Tiara boleh menjadi raja lawak wanita.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@tiaracandy_official Salah Ker? @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @anne_achey21 @TC_Haziq @Tc_poksu🍬 @Syawalopal
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 54 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Memang kalah ayah lawak ni.. bakal raja lawak wanita pertama.. Dia buat lawak ajis dgn sudin dalam gua tunggal.. adui Tiara.. “
” Dia ngaja aku, aku ngaja dia.. dgr citer sampai sahur pun tak habis lagi dia ngaja haha.. tiara punya lawak sebijik bapak dia.. “
” Punca arahan awal tu laaa haha.. kemenangan milik Tiara, Tiara tak salah.. abang yang salah sebab suruh ikut dia.. “
” Sampai esok pun tak siap kerja sekolah ni Tiara haha. aduhaiiiiii tiara mmgnya selalu buat kelakar.. “
” Tinggi btl tahap kesabaran abg awk.. lain maciam sabaq nya tu, kalau acik, tahap kesabaran acik senipis kulit bwg.. mahu awk ni kena gigit tiap2 hari.. “
” Pepagi dah buat acik gelak tiara ooiiiii haha.. tahap kesbran abg ni mmg tggi weeiiii.. Rariro pun boleh Tiara.. Betol laa tiara ckp tu.. Da suruh ikot ckp abg. Dia ikot laa ckp.. “
” Ya Allah.. sebjik macam anak aku. kte ajar dia. hurmm tp lme2 kte yg pning. sme btol mcm tiara bljr.. dah suruh ikut, apalah abang ni haha.. “
” Betul la tu, dh sruh ikut ckp abgnye.. ikut la tiaranye pn.. betuah btul.. Adoi lawak la Tiara ni.. macam tu je tiara CTRL+V.. “
Adui lah Tiara, nasib baik lah abang itu kesabarannya tinggi. Kalau tidak, mahu ditelannya Tiara ini. Lawak spontan sangat Tiara, kalah ayah sikit masa lagi. Kalau macam ni, sampai ke subuh esok pun belum tentu selesai kerja sekolah Tiara. Alahai Tiara, kelakarnya tu makin menjadi-jadi, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tiara Candy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
