Artis / Selebriti
” Sampai begitu sekali yea. Kena anak 10, jenuh la Remy menjaga kalau begini rupa, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Remy Ishak Menjaga Anaknya, Tuah Alam Buat Ramai Terhibur. Lawak Lah Content Bapak-Bapak Remy Sekarang. Anak Dah Lena, Bapak Pun Lega Sampai Berjoget Lagi. Yang Tak Tahannya Terhenjut Sama Ayahnya Ikut Tune Baby Swing Tu, Haha !!
2 bulan sudah berlalu sejak Remy Ishak menimang cahayamata sulungnya, Tuah Alam. Sebagai bapa baru, banyak pengalaman yang ditempuh oleh Remy terutamanya dalam bab menjaga anak. Semuanya rutin baru dan jauh berbeza dengan zaman ketika berdua bersama isterinya, Ezza Yusof.
Bayi pada usia ini memang diketahui banyak ragamnya dan kebanyakan bayi suka diriba kerana merasa selesa dan selamat. Di pasaran juga pelbagai alatan penjagaan bayi dijual antaranya yang banyak memudahkan ibu bapa adalah baby swing.
Meninjau akaun Instagram Remy Ishak, telah dikongsikan keadaan ketika Tuah Alam sedang lena tidur dan Remy meletakkan Tuah ke dalam baby swing. Penuh berhati-hati Remy berjalan sambil berhenjut demi memastikan Tuah Alam tidak terjaga dari tidur.

Gelagat Remy yang berjoget riang setelah berjaya meletakkan Tuah Alam di dalam baby swing mencuit hati ramai. Bukan main gembira lagi Remy. Baru lah boleh menonton televisyen dan makan dengan tenang kerana Tuah Alam ‘didodoi’ dengan baby swing.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Remy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sapa sini suka contect bapak bapak Remy Ishak park siniii HAHA.. Kenapa da letak baby Ayah nye masih terhenjut2 mcm baby dlm swing Hehehe.. lucu la remy.. ”
” Auto jadi ninja ayahnya bila nak tido kan ank haha.. jalan slow-slow heheheh.. terhenjut2 ayahandanya.. tak sbr nk tgk tuah.. ”
” Haha lawak le ayahanda awak ni Tuah.. berjaya tidur, ayahnya dah boleh rehat. Muka lega tu nampak betul haha.. ”
” Haha sampai begitu sekali yea,, baru tahu bila ada baby kecil ni. Mesti teringat zaman berdua kan.. boleh tidur sampai subuh.. ”
” Hawat ayahandanya yg terlebih swing drp anakandanya ezzarl ? Hihi.. dia punya happy dapat lepas baby siap joget haha.. ”
” Terikut follow tune swing tu ke remy hehe.. kalau kena anak sepuluh, jenuh la remy menjaga kalau begini rupa hahaha.. ”
” Dengan ayahandanya terhenjut-henjut sekali.. macam-macam ragam bapak ya.. sejak dapat baby ni Remy dah pandai melawak erh hahah.. ”

Bukan setakat Remy, memang ramai ayah dan ibu yang memberi ekspresi seperti ini. Terus rasa lega apabila baby tidak meragam dan banyak kerja dapat dilakukan dengan tenang. Apa-apa pun, teruskan perjuangan untuk menjadi ayahanda yang terbaik Tuah Alam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Remy Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
