Artis / Selebriti
” Remy tu tengah bersajak ke apa. Izara pun boleh tahan kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
Video pelakon – pelakon drama Sumpah Ibuku, Liza Abdullah, Remy Ishak, Izara Aishah, Syad Mutalib dan Nik Rifaie menyanyi lagu Madah Berhelah buat ramai terhibur. Part Remy paling kelakar, dah macam tengah baca sajak je tu Remy, hehe..
Drama bertajuk Sumpah Ibuku yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syazwan Zulkifly, Syad Mutalib berjaya menarik perhatian para penonton. Gabungan pelakon yang hebat bersama jalan cerita yang penuh konflik menjadikan drama ini semakin mendapat tempat di hati ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik dramasangat, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Liza Abdullah, Remy Ishak, Izara Aishah, Syad Mutalib dan Nik Rifaie diminta untuk berkaraoke menyanyikan lagu Madah Berhelah, nyanyian asal penyanyi tersohor, Ziana Zain.
Namun, telatah spontan barisan pelakon ini ketika menyanyikan lagu tersebut benar-benar mengundang tawa warganet. Antara yang paling mencuri perhatian ialah gaya Remy menyanyi yang dikatakan seakan-akan sedang mendeklamasikan sajak.

Usik warganet, intonasi dan ekspresi Remy membuatkan lagu tersebut kedengaran seperti versi puisi moden. Bukan itu sahaja, nyanyian Izara Aishah juga mencuit hati ramai apabila gayanya yang bersahaja dan penuh selamba membuatkan suasana semakin gamat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat pelakon – pelakon Sumpah Ibuku ini yang begitu sporting menunjukkan sisi mereka yang santai dan kelakar di luar set penggambaran. Antara komen-komen menarik adalah :
” Remy tu tengah bersajak ke apa, hahaa.. Izara pun boleh tahan kelakar.. Memang ptt lah memang dorang ditakdirkan sebagai pelakon, tak ada langsung bakat nyanyi, haha.. “
” Korg punnnn, bagi la lagu senang² sikit mcm lagu pak atan ada kebun. Susah tau lagu ni, penyanyi real pun blm tentu bole bwk. Kesian dorg, haha.. “
” Maksudnye kerja diorng memang sesuai berlakon jela.. Hehehe.. Mengekek aku sorang2 tengok masing-masing menyanyi, hahaha.. “
” Ini baru betol kena sumpah hahaahaha sumbang sey ni nama nya.. But we LOVE it.. Kelakar betul tengok semua, haha.. “
“Ok jadi pelakon je tau. Janjiihhh.. Jangan nyanyi2 lagi tau.. Hahaha penat lah gelak tengok video ni, adoii.. “
” Knaper Zara Zya dgn Syazwan tak der ni… Tp paling letop mmg la suara mommy liza.. Sifu tu.. Dr dl suara nerdu klu nyanyi.. “
” Mmg betullah diorang ditakdirkan jadi pelakon jee bkn penyanyi.. Igtkan menantu tokti paling best nyanyi.. Ke laut dalam jgk rupanya, haha.. “
Apa-apa pun, aksi karaoke spontan itu berjaya menceriakan hari para penonton dan membuktikan bahawa barisan pelakon Sumpah Ibuku bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah mempunyai sisi kelakar yang membuat mereka lebih disenangi.

Silakan SHARE..
Sumber :IG dramasangat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

