Artis / Selebriti
” Sakan betul tok ketua membahan Fattah sekarang, haha.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar-gambar ketika muncul sebagai special appearance dalam Music Video Aina Abdul, komen Sharnaaz Ahmad pada perkongsian Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Mamu, suka menyakat Fattah ye sekarang ni. Berdekah baca komen Mamu tu, haha..
Beberapa hari yang lalu, Fattah Amin telah muncul sebagai special appearance dalam music video terbaru Aina Abdul yang bertajuk ‘Jadi Ajar Aku’ dan baru sahaja dilancarkan di Youtube channel. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para peminat Fattah dan juga Aina.
Menerusi akaun Instagram, Fattah telah dikongsikan beberapa gambarnya ketika menjadi special appearance dalam music video Aina itu. Di ruangan kapsyen, Fattah mengucapkan terima kasih kepada Aina kerana sudi menjemputnya untuk menjayakan music video itu.
Namun, apa yang mencuit hati adalah respon pelakon Sharnaaz Ahmad di ruangan komen. Seloroh Sharnaaz pada penulisannya dengan mengatakan ‘Sofa laut Fattah Amin, dapatkan di beg kuning’. Komen Sharnaaz ini meraih banyak tanda suka daripada warganet.

Sebanyak hampir 3 ribu tanda suka untuk komen Sharnaaz direkodkan setakat artikel ini ditulis. Tak kurang juga komen-komen yang membalas komen Sharnaaz itu. Ada yang komen mengatakan Sharnaaz sekarang suka menyakat Fattah. Ada juga yang memanggil Sharnaaz dengan gelaran ‘Tok Ketua’.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Fattah ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sakan betul tok ketua membahan Fattah sekarang, haha.. Tak pa janji Fattah ada, hehe cmfm sold out lah sopan tu, hehee.. “
” Pandai Aina Abdul gunakan peluang ambik Fattah jadi model.. Mesti lah orang nak tengok video lagu ni sbb Fattah ada.. “
” Fattah sekarang laku keras betu kan, kiri kanan semua orang nak ambik dia jadi macam2.. Murah rezeki betul Fattah ni.. “
” Paling rare duduk atas sofa di tepi laut.. Baik punya healing hehehe..Org pakai kerusi healing bah yg kecik2 tu dia ni pakai sofa terus.. “
” I love the first picture. Tell lots of story. The sea, the man expression is superb. Frustrated but full of love & hope. Semoga Allah anugerahkan kpd Fattah isteri yg solehah.. “
” Anugerah Bintang / Pelakon Paling Popular jatuh kepada @fattahaminz . Terus maju Fatah, jangan toleh belakang. Ramai yg mendoakan Fattah Amin.. “
” NICE… I mmg minat Aina Abdul ni..Lagu2 dia semua mmg sedap.. Happy Fattah featured in her MV.. Memang terbaik lah.. “

Gurau senda antara sahabat-sahabat dalam industri boleh mengeratkan lagi silaturahim. Apa-apa pun, tahniah Fattah untuk music video Aina. Semoga Fattah terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga segala urusan Fattah juga dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fattahaminz, sharnaazahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

