Artis / Selebriti
” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
Video Zizan Razak membuat kejutan memberikan hadiah yang istimewa buat abangnya, Hafiza Razak buat ramai tersentuh. Wah, bertuah Hafiza dapat hadiah yang cukup mewah. Bukan biasa-biasa hadiahnya..
Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berkongsi momen menyentuh hati di mana Zizan menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada abangnya, Hafiza Razak. Video tersebut ada dikongsikan di akaun media sosial abangnya.
Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan kemurahan hatinya, malah menggambarkan hubungan adik-beradik yang sangat rapat dan penuh penghargaan. Hafiza nampak begitu jelas terharu dan tidak menyangka adiknya merancang kejutan sebesar itu.
Zizan menghadiahkan sebuah kereta MPV berwarna hitam buat abangnya, Hafiza. Hafiza turut mengucapkan terima kasih kepada Zizan dan juga ibu mereka di ruangan kapsyen posting ini. Kereta tersebut dihiasi riben besar dan juga sebuah banner yang tertera nama Hafiza Razak.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tindakan Zizan itu turut menjadi inspirasi kepada ramai, menunjukkan bahawa kemewahan paling bermakna ialah apabila dapat membahagiakan keluarga sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Rzki apabila menjaga hbgn baik sesama adk bradk dan restu ibu. alhamdulilah.. Semoga dua2 dilimpahkan rezeki… Tahniah.. “
” Alhamdulillah.. tahniah2.. kluarga bahgia.. So happy for u long. comelnya dia gamit pggil adik dia. Nk drebar drive blik dungun kabo r long.. “
” Semoga sentiasa diberikan kesihatan, murah rezeki dipermudahkan segala urusan Aamiiiiiiin.. bagus betul zizan razak kongsi rezeki dah kaya ingat abg dia… “
” Alhamdulillah semoga semtiasa dimurahkan rezeki hangpa dua beradik. Orang baik. hafizarazak869 zizanrazak869
” Wah!! Abang! Murah rezeki.. May Allah reward ur brother & d whole fambam a blissful life & jannah together.. tahniah bang.. “
” MasyaAllah Tahniah along hafizarazak869 semoga segalanya dipermudahkan.. Nanti hadiah Kan kakak Kau motor nvx yer adikku mieynakmrzmn .. “
” Tahniah bang.. Terbaik zizang semoga rezeki mu mengalir macam air zang.. sister ibu mother abe zizan mantap along.. “
Momen indah antara Zizan dan abangnya ini mengingatkan kita bahawa nilai kasih sayang tidak terletak pada harga sebuah hadiah, tetapi pada keikhlasan hati yang memberi. Semoga hubungan mereka terus diberkati dan menjadi contoh buat ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hafiza Razak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

