Artis / Selebriti
” Rare lah tempat honeymoon Wany. Enjoy betul pengantin baru ni.. ” – Netizen
Video Wany Hasrita Dan Suaminya Berbulan Madu Di Sarawak Yang Menarik Perhatian Peminat. Wah Bukan Biasa-Biasa Tempat Honeymoon Wany. Menikmati Alam Semulajadi, Tenang Jiwa !!
Sekejap masa berlalu, beberapa hari sahaja lagi genaplah sebulan penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita bergelar isteri kepada Al-Adib Fahmi. Sebagaimana pasangan lain, Wany dan Adib juga berbulan madu di destinasi pilihan mereka.
Pada perkongsian terdahulu, Wany ada berkongsikan suasana ketika bercuti di sebuah pulau. Video tersebut direkodkan ketika aktiviti snorkeling diadakan. Berenang dan berpeluang memberi makanan kepada penyu, ianya nampak menyeronokkan.
Meninjau entry terbaru Wany di Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memperlihatkan Wany dan Adib berjalan-jalan di Bengoh Range, Sarawak. Menerokai keindahan flora dan fauna, percutian sehari Wany ini menarik perhatian peminat.

Wany turut menulis di kapsyennya nama tempat yang dilawatinya iaitu Curtain Fall, Susung Waterfall ( Jurassic ) dan Kampung Sting. Adventure sungguh percutian Wany, menyelusuri sungai dan meniti jambatan gantung lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Wany ini telahpun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka :
” Happy honeymoon sis. Kahwin dengan producer majalah 3 ke ni, lawa noo video dia. Cantiknyaa tempatni. Teringin nk pergi Sabah Sarawak tapi belum ada rezeki lagi. Dapat tengok pun best dah.. “
” Bestnya suami pun adventure, aku yang berasal dari Sarawak pun tak tahu ada tempat macam ni.. “
” Sweetnya, happy honeymoon Wany. Bestnya jarang orang pilih honeymoon masuk hutan macam ni.. “
” Tu belum pergi kat Tasik Biru, Wind Cave, Fairy Cave, & Serikin di Bau serta Telok Melano di Sematan. Have a nice day. Steady.. “
” Fuyoo bestnya, honeymoon dekat Sarawak lah dia. Untunglah kahwin dengan orang Sarawak. Adventure betul honeymoon dia.. “
” Cantiknya view tu, tenang jiwa raga honeymoon macam ni. Kena lak suamipun sama adventure, syoklah.. “
” Rare lah tempat honeymoon Wany. Enjoy betul pengantin baru ni, sama-sama minat pulak tu.. “

Percutian yang pastinya men1nggalkan kenangan manis untuk Wany dan Adib. Semoga percutian ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Happy selalu dan jaga diri selalu walau di mana berada Wany.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wany Hasrita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

