Artis / Selebriti
” Comel lah Wany minta mic, member dah naik syeikh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Seorang Wanita Tidak Mahu Melepaskan Mikrofon Ketika Menyanyi Dengan Wany Hasrita Di Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Sedapnya Suara Dia, Wany Pun Terkejut. Tapi Boleh Pula Dia Rampas Mic, Lepas Tu Tak Nak Bagi Balik, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan Wany hasrita sedang membuat pesembahan dalam sebuah majlis telah meraih perhatian ramai. Wany menyanyikan lagu miliknya yang berjudul Menahan Rindu.
Ketika Wany menyanyi, Wany mencari seseorang yang mahu menyambung nyanyiannya. Wany kemudiannya menghalakan mikrofon ke arah seorang wanita. Tanpa berlengah wanita tersebut terus mengambil mikrofon dari tangan Wany dan terus menyanyi.
Ternyata Wany tidak salah memilih untuk menyambung nyanyiannya kerana suara wanita tersebut cukup merdu seperti seorang yang pandai menyanyi. Tetapi lain pula jadinya apabila wanita itu seperti ingin terus menyanyi lagu tersebut sehingga habis.

Dapat dilihat percubaan Wany untuk mengambil kembali mikrofonnya. Alamak, masing-masing nak buat show pula. Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara wanita yang menyanyi lagu tersebut. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mesti dia tengah feeling² suara dia lagi power dari wany hasrita tuu.. Tak silap pilih yer walau random je mula² tu.. Hmpir2 dia nk bwak balik mic tu yeee.. “
” Elok suruh dia nyanyi sampai abis 1 lagu tu.. Hahahaaha comel laaaa wany mintak mic . Mmber da naik syeikh hahahaha.. “
” Akibat bg mic to org sabah. Confirm xmau lepas .. Habiskan lah lirik Tu dulu.. baru lah tarikh mic Tu… payment share 50-50.. “
” Begitu mudah die xnak pulangkan.. dia tak nak bagi weh.. Wany dah risau takut payment masuk ke dia kang. kalau aku malu woo,. “
” Dia nervous tuuu..alahai..bnda spontan kowt.. Baik bg dia nyanyi habeh ja 1 lagu tu..senang keja.. lawanya baju wani.. “
” Part “biarpun sekadar cuma”, sepatutnya wany nyanyi part tu, tu wany nak ambik mic.. Lagi sedap suara dia dari wany.. “
” She was a singer in UMS.. padu, _ viral laa mas lps ni.. x salah wanyhasritaa_ tuju mic tu .. nnti artis tu kena marah sbb dia dibayar.. “
Ada netizen yang menyatakan wanita tersebut sememangnya sorang penyanyi. Patut lah suaranya sedap. Apa-apa pun, reaksi wanita ini telah pun menjadi tular kerana gelagatnya yang tidak mahu melepaskan kembali mikrofon kepada Wany Hasrita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wany Hasrita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

