Artis / Selebriti
” Aishah dah face reveal, masya Allah comelnya.. ” – Netizen
Wany Hasrita Kongsi Video Wajah Penuh Anaknya, Aishah Al Iman. Alahai Comelnya Aishah, Muka Ayah Sangat Ni. Pandai Senyum Lah, Manis Betul !!
Pada bulan Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Seminggu selepas kelahiran bayi tersebut, Wany dan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mengumumkan nama yang telah dipilih untuk anak mereka iaitu Aishah Al Iman.
Sebelum ini, Wany tidak menunjukkan wajah Aishah dan ramai peminat Wany yang tidak sabar untuk melihat rupa Aishah. Hari demi hari, minggu demi minggu, akhirnya hari yang dinantikan oleh para peminat Wany tiba jua apabila Wany menunjukkan wajah anaknya ini.
Meninjau akaun Tiktok Biskotwh_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Wany berkongsi cerita tentang perjalanan pulangnya ke Kuching bersama Aishah menaiki pesawat Malaysia Airline. Aishah yang duduk di ribaan Wany jelas kelihatan wajahnya itu.

Tidak menyembunyikan lagi wajah Aishah, si kecil ini kelihatan semakin bambam dan wajahnya saling tak tumpah seperti suami Wany, Adib. Wah ini baru betul anak bapak, muka sama. Wany turut berkongsi perkembangan Aishah yang suka uji vokal sekarang dan banyak merengek.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@biskotwh_ Cutenya Aishah ! 🥹🤍🤍 #wanyhasrita #CintaHatiku #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aishah dah face reveal, masya Allah comelnya.. Muka babah dia laaaaa.. Cute. Moga membesar dgn sihat, nama serupa dgn anak Saya Aishah.. ”
” Dah besar anak Wany.. comelnya Aishah, muka ayahnya sangat ni.. Haaza min fadhli rabbi.. Semoga awak membesar dengan sihat ye sayang.. ”
” Baru nampak muka penuh baby, akhirnya. comelnya dia, anak bapak sngguh nii.muka copypaste bapaaknyaaa.. ”
” Eeee comell, muka ayah sangat. cute lah baby Wany Hasrita. Muka sarawakian anak nyaa. membesar dengan sihat Aishah.. ”
” MasyaAllah hari tu dok ckp rupe wani n suami mmg iras-iras.. sekarang ni anak beranak ni muke sume same.. ”
” Muka bapak sangat haha.. copy paste muka ayah dia la.. comelnya baby.. nme sme ank sulung akk nur aisyah.. ”
” Alhamdulillah. Comelnya kak wani & baby Aishah.. muka babah dia laa.. sejibik.. mga membesar menjadi anak yg solehah.. ”
Akhirnya Wany menunjukkan wajah penuh baby Aishah. Memang cute sangat la Aishah dan ramai yang mengatakan Aishah seiras seperti wajah ayahnya. Apa-apa pun, semoga perjalanan Wany bersama Aishah dipermudahkan dan Aishah behave sepanjang perjalanan pulang nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : tiktok biskotwh_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



