Artis / Selebriti
” Random betul dia punya skrip. Dah macam tulis soalan dalam subjek BM la dik, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Ammar Ahyan menyempurnakan first job review buat warganet terhibur. Adui lah ayat Ammar ni, kelakar walaupun pedas di telinga. Lain daripada lain review Ammar, siap minta kurangkan bayaran lagi. Alahai Amayan, huhu..
Ammar Ahyan antara nama yang menjadi sebutan masa kini. Anak kepada pengasas kosmetik D’Herbs ini seorang yang jujur dalam percakapannya dan mempunyai pemikiran yang matang. Dek kerana itu, Ammar mula diintai oleh pengasas produk lain untuk membuat review.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papa Laris Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan job review pertama Ammar. Kasut jenama Ijmal buatan Malaysia dipromosikan oleh Ammar dengan caranya yang tersendiri. Skrip Ammar juga santai dan mencuit hati.
Warganet terhibur mendengar ayat-ayat yang Ammar ungkapkan. Apa yang penting, Ammar tetap melakukan review yang jujur. Soalan Ammar kepada promoter kasut mengenai mutu kasut yang dijual di butik Ijmal membuatkan warganet ketawa.

Reaksi muka Ammar serius sahaja tetapi ayatnya itu kedengaran kelakar. Sesekali terkeluar juga ayat pedas dan sinis Ammar namun ianya disukai oleh warganet. Review Ammar menarik minat pembeli untuk berkunjung ke butik Ijmal dan membeli kasut yang dipromosikan.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial First job review untuk Ammar. Alhamdulillah. Korang boleh support brand lokal @Ijmalofficial Kasut selesa dan cantik-cantik. 📍Setia Alam 📍Bangi 📍Puchong 📍Johor Bahru
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Makian secara soft spoken, direct terus Amayan bagi. Belum pape aku dah terbahak dengan ayat Amayan ni.. haha.. “
” Habih kalau kita beli tu Sebb kita pengotor lah ye.. hahaha.. Amayan datang dengan makian secara sopan guys.. review yg berahklak mulia.. “
” Adoiii part last tu. last beli kasut kat family Ammar sndiri.. “Bukan nak bagi kat akak” haha.. disebabkan amayan yg review, rasa wajib gi beli ni.. “
” “Puan… adakah kasut ni senang dipakai?”… ko dah macam tulis soalan dalam subjek BM la dik haha.. gaji pertama dia belanja keluarga, bagusnya.. “
” Review paling sopan, terbaik Amayan.. Terbaik review Ammar Ahyan… Lancar dan ada keunikan tersendiri.. review plg simple tp menggalakkan aku utk pegi beli kasut2 tu.. “
” Random gila dia punya skrip haha.. setepek dia bagi, jujur sangat tu Amayan.. dia ni review mesti jujur, takde tipu tipu haha.. First time tngok org review sampai habis.. “
” Good job amayan.. review dapat gaji borong kasut utk makayah dan adik2.. dah pupus remaja camni.. dahulukan family dlu dari org lain.. “
Lain daripada yang lain review yang Ammar lakukan. Paling bagus, Ammar turut menyumbang kembali kepada butik Ijmal dengan membeli kasut untuk semua ahli keluarganya. Semoga semakin murah rezeki Ammar dan didoakan Ammar menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti24 hours ago Artis / Selebriti24 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
