Artis / Selebriti
” Pertama kali dengar Uwais nyanyi. Sedap suara Uwais, ada unik yang tersendiri.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Al Qarni sedang menyanyi sebuah lagu Indonesia, Mesin Waktu raih pujian warganet. Wah terkejut dengar suara Uwais. Sedap dan gemersik sangat, suara ala-ala penyanyi Indonesia..
Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin, pasti mengetahui yang anak perempuan tunggalnya, Thalita kini mengikuti jejak langkah Siti Sarah dalam bidang nyanyian. Banyak tawaran persembahan yang diterima oleh Thalita sekarang ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Shuib Sepahtu, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulung mereka, Uwais Al Qarni sedang menyanyi sebuah lagu bertajuk Mesin Waktu nyanyian asal oleh penyanyi Budi Doremi.
Menerusi video tersebut, kelihatan Uwais sedang menyanyi dalam keadaan malu-malu ketika video sedang dirakamkan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum dan terkejut mendengar nyanyian Uwais.

Kata warganet, mereka tidak menyangka Uwais juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan mengatakan suara Uwais begitu merdu dan unik. Selain itu, komen warganet lagi, nyanyian Uwais sudah seperti suara penyanyi daripada negara Indonesia.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pertama kali dengar Uwais nyanyi. Sedap suara Uwais, ada unik yang tersendiri.. Rupanya anak sulung arwah Siti Sarah ni pun ada bakat menyannyi.. “
” Lunak suara Uwais.. Sedap di dengar.. Suara ala2 macam penyanyi Indonesia.. Lagu galau macam ni Uwais nyanyi memang masuk betul lah dengan suara Uwais.. “
” Serius lah suara Uwais, sedapnyaaaa.. Macam gabungan suara daddy dan arwah ibu.. Malu2 dia menyanyi pun sedap sangat.. “
” Wahhh.. Uwais ada tone yg sedap la… Gemersik suara dia.. Next song pls nanti Uwais.. Tak puas dengar, hehe.. Sedap sangat.. “
” Perrghhh sedapppp suara dia unik sangat lah.. Nextttt song pls Uwais hingga tua bersama, sesuai suara Uwais lagu tu.. “
” Mcm suara penyanyi indonesia.. Best uwais… Shuibsepahtu please suruh Uwais nyanyi selalu lepas ni, dia memang sangat berbakat.. “
” Ibuuu, ibu lahirkan anak anak suara best best.. Rindu ibu.. Semua anak-anak arwah sangat2 berbakat dalam bidang nyanyian.. “
Jika sebelum ini, Uwais dikenali ramai dengan bakatnya yang sangat mahir bermain golf dan banyak memenangi pelbagai pertandingan yang disertainya, sudah pastinya perkongsian video kali ini membuatkan ramai yang teruja mendengar nyanyian Uwais. Mana tahu, suatu hari nanti Uwais juga berminat menceburi bidang seni suara seperti adiknya, Thalita dan mereka bergabung berduet menyanyi bersama. Sama-sama kita nantikan..

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu, sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

