Artis / Selebriti
” Perghh suara Misha Omar, peminat pun suara padu.. ” – Netizen
Video Misha Omar Menyanyikan Lagu Bunga-Bunga Cinta Bersama Peminatnya Raih Perhatian Ramai. Wah, Suara Misha Memang Maintain. Peminat Pun Padu Juga Tarik Suara !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan penyanyi, Misha Omar menyanyikan lagu berjudul Bunga-Bunga Cinta dalam sebuah majlis Swarovski yang berlansung di Pavillion Kuala Lumpur telah meraih perhatian ramai.
Apa yang menarik ialah Misha telah berduet bersama seorang peminatnya menyanyikan lagu ini. Lagu Bunga-Bunga Cinta merupakan salah satu lagu yang melonjakkan nama Misha suatu ketika dahulu dan lagu ini sememangnya masih menjadi siulan ramai sehingga kini.
Suara nyanyian Misha tetap maintain seperti dahulu walaupun usianya semakin meningkat. Misha tetap boleh menyanyikan dalam nada tinggi dan cukup memukau. Tidak kurang juga buat peminat Misha yang turut mempunyai suara yang cukup power.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Peminat Misha ini juga sangat bertuah kerana berpeluang menyanyi bersama Misha dan akan menjadi memori sepanjang hidup.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji vokal nyanyian Misha yang masih sama seperti dahulu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suara live lagi padu.. Dia ni mmg lagend. Takpayah pakai baju bukan bukan pu dh iconic kaki terangkat masa tarik.. “
” Mule2 ingat sakinah tadi.. dia ni jumpa depan2 memang cantik gila skin dia pon lawa.. wow misha omar padu beb.. “
” Kan best kalau kakmish buat konsert solo! Banyak lagu dia best2.. Peeerrrghhhhh Suara Misha Omar.. Misha Omar is such a legend! Love her, such an incredible singer.. “
” Korang perasaan tak Misha Omar dia Klau nyanyi selalu pakai MIC warna kuning.. misha Omar legend yang ada suara tersendiri.. “
” Cantik la misha.. Fav lagu kt karaoke.. Suara Dia tetap sama.. Waaahhh sy suka dkt telinga kak mish tuuu.. Teringinnya nak jumpa depan2.. “
” Sempoi.. memang best lagu Misha Omar ni…. Pandangan Mata aku sharifah Sakinah Yang Menyanyi .. maleh ckp saya minat misya.. “
” Nice baju and necklace.. Teringt la zaman remajaaa. uwoo…peminat pon suaraa padu. Dari kecik sy minat Misha Omar.. Dgn kaki2 sy pun terangkat sekali.. ”
Misha tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu secara live kerana Misha sememangnya mampu membawakannya dengan baik. Semoga Misha Omar terus bersinar dalam industri hiburan tanah air dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roti Kaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen




