Artis / Selebriti
” Patutlah time terima hadiah tu dia ambil 1 je, haha.. ” – Netizen
Video Amir Jahari Dedah Apa Yang Terjadi Ketika Mengambil Trofi Kemenangan AJL38 Buat Ramai Terhibur. Laa Patut Lah Lain Macam Je Amir Semalam. Lawak Lah Amir Ni, Sakan Johan Gelak. Haha !!
Lagu Hasrat dendangan Amir Jahari dijulang sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 38 semalam. Kejayaan Amir ini menewaskan barisan pesaingnya yang tak kurang hebat antaranya Aina Abdul, Aisha Retro, Ernie Zakri dan ramai lagi. Kemenangan Amir ini langsung tidak dijangkakan oleh tuan punya badan.
Amir Jahari ditemani isterinya dijemput ke konti Hot FM sebagai tetamu jemputan hari ini. Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir mengakui tentang dirinya langsung tidak tahu akan mendapat 3 trofi semalam.
Ketika diumumkan sebagai juara, Amir memang tergamam dan terkejut. Trofi pula ada 3 yang mana disangkakan Amir hanya satu sahaja untuk dia. Rupa-rupanya 3 trofi ini mewakili 1 untuk komposer lagu, 1 untuk pencipta lirik dan 1 untuk penyanyi.

Memandangkan lagu Hasrat ini ciptaan sepenuhnya Amir, dia layak mendapat ketiga-tiga trofi. Tergelak sakan Johan dan geng Hot mendengar pengakuan Amir itu. Iye lah, manalah Amir tahu kerana ini kali pertama ke AJL. Sudahlah kali pertama, diangkat menjadi juara lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak sangat dia tak pernah terfikir kalau menang dapat apa.. Amir Amir, lucu tapi memang dia layak menang. lirik yang cukup mencengkam jiwa dan menginsafkan.. ”
” Patutlah time terima hadiah tu dia amek 1 ja hahahahahha. ingatkan dia tak mahu pegang lah kot. apa dia tak tahu dia punya hahahaha.. ”
” Dia pun tak ingat dia yang buat lagu.. lejen ni.. kelakarlah Amir, iyelah 1st time menang AJL.. Ni la berkarya tanpa mengharapkan apa2 kemenangan dia ikhlas hasilkan karya.. last2 meletop karya dia akhirnyaaa.. ”
” Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk Amir.. lagu Amir ni memang teriak la suka kalau tengah healing lagu ni dengo.. ”
” Ramalan jomego adalah benar belaka.. Semalam di Axiata Arena.. lagu teriak yang tak perlu dinyanyikan secara teriak dan melalak.. ”
” Dulu kena singkir ganti ngan hazama… skarang tuhan nk bg rezeki antara lmbt & cpt jer…tahniah amir.. ”
” Semoga rezeki Amir terus mencurah2 lepas ni.. pernah dengar luahan rasa dia masa kat satu gig dulu sedih gak la dgar cakap mcm dah frust dgn industri seni sebab selalu dipinggirkan.. ”
” Tu laaa… Saya tengok semalam kenapa Amir macam eh, eh, eh… Sepatutnya rangkul 3 sekali gus. Tapi X kesah la janji Amir juara hehe.. ”
Amir Amir, ada juga di kalangan penonton di rumah yang menyedari kelakuan pelik Amir ketika menerima trofi semalam. Patut lah ambil 1 trofi sahaja, ini rupanya kisah sebenar. Apa-apa pun, Amir boleh tersenyum gembira kerana ketiga-tiga trofi ini berada dalam genggaman. Semoga terus maju jaya Amir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen




