Artis / Selebriti
” Macam bunyi kucing ‘miaooo’ , padahal cakap hello. Comel betul Khawla bercakap, hihi.. ” – Netizen
Video Temubual Syamel Bersama Anaknya, Nur Khawla Soleha Di Red Carpet AJL38 Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Khawla Jawab Soalan Yang Ditanya, Cute Sangat Suara Tu !!
Umum mengetahui yang Syamel dan Ernie Zakri mempunyai seorang anak perempuan. Memilih nama Nur Khawla Soleha buat puteri sulung mereka, kini usia Khawla sudah pun 2 tahun serta Khawla membesar sebagai seorang kanak-kanak yang comel.
Meninjau di akaun TikTok khawlalafans telah dikongsikan video yang memaparkan semalam, Khawla turut hadir di Anugarah Juara Lagu 38 bersama Syamel. Menerusi video itu, Khawla dan Syamel sedang ditemubual di ruangan Red Carpet.
Khawla yang sedang didukung oleh Syamel menjawab pertanyaan pengacara yang bertanya namanya. Khawla memberitahu nama penuhnya beserta nama ayahnya. Kelihatan wajah Syamel begitu bangga kerana Khawla mengingati namanya.

Selepas itu, pengacara tersebut bertanya lagi siapakah nama ibu Khawla, lalu Khawla menjawab ‘Ernie Zakri ‘ . Kepetahan Khawla itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan gaya Khawla bercakap serta suaranya saling tidak tumpah seperti Ernie.
Tonton video di bawah ini :
@khawlalafns pandainya lala 😭 #syamel #erniezakri #syamelernie #fyp
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Khawla. Antara komen-komen menarik adalah :
” Muka daddy dia habis bangga weh. Comel dengar Khawla cakap, haha.. Khawla copy paste Ernie betul, gaya bercakap pun sebiji.. “
” Muka bapak dia bangga tu aku takleh blahh.. Hahahhaa.. Khawla, tahu tak mummy daddy awak tu orang femesssss lah.. “
” Siapa tengok berulang kalo kita geng.. Geram arr tengok si kecik ni bercakap.. Pandai betul lah Khawla, masyaallah.. Suka tengok.. “
” Betul-betul suara Ernie Zakri beb, hehehe.. Mula dengar “ meoww” kali kedua dengar “ helloww” hahahaha eyy geramnya.. “
” Comel g1la budak cmni boleh ckp, bijak betul ni Khawla.. Rasanya Khawla dan Syamel paling menarik di red carpet semalam.. “
” High pitch tu suara dia blh jadi mcm mummy.. Mcm bunyi kucing.. Miaooo.. Pdahal ckp Hello. Hihihi comelnyee budak ni.. “
” Proud father, hahaha Syamel tak pernah tak kelakar lah.. Aku dengar suara Khawla ni versi Ernie kecik, hahaa. Copy mummy betul lah Khawla.. “
Alahai baru berusia 2 tahun, tetapi Khawla tidak segan berhadapan dengan orang ramai dan boleh berkomunikasi dengan baik. Tidak mustahil suatu hari nanti Khawla akan menjadi selebriti terkenal seperti daddy dan ibunya juga. Apa-apa pun, Khawla memang comel.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok khawlalafns, IG syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



