Artis / Selebriti
” Patut lah air ayah sebelum ni rasa masin aje.. ” – Achey Bocey
Video Gelagat Tiara Zinnirah Membancuh Air Untuk Ayahnya, Achey Bocey Buat Ramai Terhibur. Terkejut Ayah Bila Tiara Tanya Macam Tu. Bertuah Betul Tiara, Haha !!
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak Achey Bocey, pasti mengetahui yang Achey suka berkongsi video gelagat anaknya iaitu Tiara Zinnirah. Tiara yang kini sudah berusia 6 tahun dan merupakan seorang anak yang periang dan rajin.
Baru-baru ini, Achey ada berkongsi video yang memaparkan Tiara membantu melakukan kerja rumah ketika ibunya, Anne tidak sihat dan perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Terbaru, Achey sekali lagi memuatnaik video gelagat Tiara di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Tiara sedang berada di dapur dan membancuh air minuman Koko untuk Achey. Telatah Tiara tersebut dirakam oleh Achey. Namum apa yang mencuit hati adalah Tiara bertanya adakah perlu meletakkan garam atau gula pada minum tersebut.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Tiara itu, terus Achey memberikan reaksi terkejut dan berseloroh sebelum ini patut lah air yang diminumnya rasa masin kerana Tiara sudah meletakkan garam. Namun begitu, Achey berkata, meskipun masin, dia tetap minum air tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memuji Tiara seorang anak yang rajin. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Berdekah aku bila Achey terkejot bila Tiara tanya macam tu, haha.. Tapi bagus lah Tiara, dah pandai bancuh air untuk ayah.. “
” Mujur dia tanya garam ke gula, kalau dia tanya kari ke gula mau tak berempah jee rasanya, hahaha.. Tiara memang kelakar lah.. “
” Comel Tiara, pandai buat air.. Masin pon telan juga, berdekah aku dengor.. Tiara kalau tak kelakar memang tak sah.. “
” Hahahahaha ayah pernah dapat tak air dalam mangkuk, hahahahaha.. Tiara, Tiara terima kasih buat kami ketawa.. “
” Hhahahahaha bertabah jelahhh ayahnya.. Takpe baru belajar slow2 hehe.. Nanti pandai lah dia buat air tu, hehe.. “
” Bagusnya Tiara, kecil2 dah rajin.. Besar nanti mesti pandai masak ni.. Sejuk hati tengok sikap Tiara ni, good job Tiara.. “
” Adoii garam.. Mangkok, dekah la acik dengar awak jawab Tiara.. Nasib lah si ayah tu tak pengsan anak oii.. “
Masin pun masin lah Tiara. Ayah tetap minum dan menghargai usaha Tiara menyediakan minuman untuknya. Apa-apa pun, Tiara memang seorang anak yang baik dan rajin. Meskipun baru berusia 6 tahun, Tiara sudah boleh melakukan pelbagai kerja rumah. Semoga Tiara membesar menjadi anak yang solehah buat ayah dan ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

