Artis / Selebriti
” Pasrah dah member ‘boleh ke kita balik’, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Aliff Syukri menyakat anak saudaranya, Aleya buat ramai terhibur. Kuat menyakat betul lah pakciknya pun. Naik takut Aleya dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Yatie bersama suami serta dua orang anaknya menziarahi rumah kediaman Dato’ Seri Aliff Syukri.
Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana yang penuh ceria apabila Dato’ Aliff tidak melepaskan peluang untuk menyakat anak kedua Yatie, Noor Aleya Baheerah. Gelagat spontan dan gurauan Dato’ Aliff jelas mencuit hati, apatah lagi apabila Aleya memberikan reaksi comel setiap kali diusik.
Telatah Dato’ Aliff yang tidak berhenti-henti bergurau membuatkan ramai yang menonton turut terhibur. Ramai yang mengatakan suasana tersebut mengingatkan mereka kepada perangai seorang pakcik yang memang gemar menyakat anak saudara ketika berkumpul bersama keluarga.

Di ruangan kapsyen pula, Yatie berseloroh dengan mengatakan bahawa Dato’ Aliff sememangnya seorang yang kuat menyakat sejak dahulu lagi. Katanya, dulu adiknya itu gemar menyakat dirinya, dan kini “tradisi” tersebut diteruskan pula dengan menyakat anak saudaranya.
Tonton video di bawah ini :
@yatie.kamarzaman Sejenis pakcik yg suka menyakat. Dulu @Aliff Syukri Kamarzaman suka nyakat Kak Long dia, now turn anak buah pula 😝
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Adik mesti tak suka pegi umah Dato Aliff… Pasrah dah member ‘boleh ke kita balik’ , punya lah tak nak j,umpa pakciknya haha.. “
” Weh… Pakcik mcm ni untk seorang introvert sgt la menakutkan, haha.. Bersabar je lah Aleeya, hahaha.. “
” Kami introvert memang macam ni bila dikelilingi orang extrovert level extreme tapi bila jumpa sesama introvert hanya kata2 fakta dan ilmiah yang menjadi topik perbicaraan .. “
” Disebalik pakcik yg havoc, rupenye ade ank buah yg introvert & mangsa sakat si pakcik. S sabar ye adik.. “
” Ya Allah. Dia punya introvert jumpak pulak pcik 3suku.. Memang jem laa. hahaha.. Kuat menyakat lah Dato’ Aliff.. “
” Rupanya ada genetic yg sama dgn amaryan.. Boleh tak kita balik.. Betul dia dgn pakcik dia mcm nampak hantu.. “
” Hahahah dgn mumy nye pn gelak mau tak adik pn jem trus.. Dah tak tahu nk minta pertolongan, hahaha.. “
Perkongsian video ini bukan sahaja menghiburkan, malah memaparkan hubungan kekeluargaan yang akrab dan penuh kasih sayang antara mereka. Jelas terpancar kemesraan yang membuatkan ramai tersenyum melihat keakraban adik-beradik ini. Semoga hubungan baik dan suasana ceria seperti ini terus berkekalan dalam keluarga mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok yatie.kamarzaman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

