Artis / Selebriti
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia me’minion’kan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nik You Rina mengusik ayahnya, Ryzal Ibrahim buat ramai terhibur. Adui Rina, Appa pun speechless dengar kata-kata Rina tu. Nakal eh Rina, memang sebijik copy perangai Maryam, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ryzal Ibrahim bersama anaknya, Nik You Rina sedang duduk untuk menonton televisyen bersama-sama. Anak dan ayah ini duduk di atas sofa di ruang menonton rumah mereka.
Pada awal video, kedengaran Ryzal bertanyakan kepada Rina mengenai cerita yang Rina ingin tonton. Menunjukkan cerita Minion, Rina tidak mahu menonton cerita ini dan lebih memilih untuk menonton cerita Gorilla. Kata Rina, minion itu kecil lagi.
Tidak terhenti di situ, Rina menambah ayatnya mengatakan Minion itu kecil sama seperti adiknya, Rian dan Appa sambil merujuk kepada Ryzal. Sempat lagi Rina mengata mengenai ketinggian Ryzal. Minion itu pendek seperti Appa, itu yang Rina katakan kepada Ryzal.

Ryzal pada awalnya tidak dapat menangkap ayat Rina tetapi kemudian Ryzal memahami Rina mengata dirinya pendek. Terus terbahak Rizal ketawa besar. Ada yang mengatakan ini memang meniru perangai Maryam yang suka mengusik Ryzal yang tidak cukup inci. Rina juga lawak seperti Maryam, mini Maryam sangat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Power ayat Rina bagi dekat appa.. aku memang terbahak ketawa dengar ayat Rina.. “
” Anak korea pun pandai ngejek pak dia wey ahahaha.. esok raya minta maap balik rina ahahahahahhaa.. “
” Slumber je dia me’minion’kan appa dia.. Sorry Ryzal.. sy tergelak ble Rina ckp Appa pendek mcm minion haha.. Rina.. aunty pn pendek jugak.. “
” Hadoi la budak ni…”rina besar.. Appa pendek mcm minion!”.. tp ada benar jg tu Rina.. mengata depan depan terus.. u are the best Rina.. “
” Hahahahhaha ayo rina selamber sangat dia bahan ni.. macam tu je Rina bahan Appa dia.. Budak tak pandai menipu haha.. “
” Anak bertuah betul la.. esok cancel duit raya rina appa.. Appa macam minion pulak dah.. dengan aku sama ikut gelak haha.. “
” Rina ni jujur sangat la. Macam tu je dia minion minion kan Ryzal.. lawak lah rina.. ini memang maryam sangat.. “
Aduhai Rina, memang santai sahaja ayat Rina mengata Appa. Kali ini Rina mengata depan-depan terus tanpa berselindung. Ryzal pun tergelak besar setelah memahami ayat Rina. Apa-apa pun, ini hanyalah gurauan anak beranak. Antara yang akan menjadi kenangan satu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

