Artis / Selebriti
” Part last terus bunyi OST drama Korea yer. Slay lah Aina.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Pembukaan Konsert Ailee I Am : Here Oleh Aina Abdul Raih Pujian Ramai. Fuh Aina Menyanyi Lagu Terus Hidup Dalam Bahasa Korea Lah. Power Lah Aina, Meremang Dengar. Dah Macam OST Drama Korea !!
Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, penyanyi popular Aina Abdul dipilih sebagai pembuka tirai konsert jelajah oleh penyanyi Korea Selatan, Ailee di Konsert Ailee I Am : Here. Konsert ini telah pun berlangsung semalam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Meninjau akaun Instagram Hot fm, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Aina pada konsert tersebut. Tidak sebagaimana persembahan Aina sebelum ini, Aina tampil dengan kelainan yang membuatkan ramai memujinya.
Memilih lagu Terus Hidup, Aina menyanyikan lagu hits nya ini dalam bahasa Korea. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghafal lirik dalam bahasa asing tetapi Aina berjaya menyanyikan lagu itu dengan cukup baik. Warganet memuji gaya persembahan Aina yang santai dan sebutan Korea yang smooth bunyinya.

Memetik komen warganet, apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ini. Satu demi satu bakat dan kelebihan yang Aina ada ditayangkan kepada umum. Seronok juga mendengar lagu ini dalam bahasa Korea. Aina juga kelihatan begitu enjoy dengan persembahannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Persembahan ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” What she can’t do, love lah dengar Aina menyanyi dalam versi Korea ni. soft dan smoothnya bunyi terus hidup versi korea.. ”
” Oh my god, she sooo queen.. Apa je dia tak boleh buat eh Aina ni.. Aina Abdul brilliant.. Letops Korean dia takde bunyi kampung ye. Lenggok pun international, xde lenggok Melayu. Lurve. Penyanyi serba boleh.. ”
” The one and only, Aina Abdul.. Terus Hidup.. Ruginya tak pergi konsert ni.. Aina memang terbaik lah.. ”
” Pitch macam Ailee dah.. Sedap jugak versi Korea Aina ni.. Slay lah Aina.. apiii.. antara penyanyi yang bijak dan suara sedap.. ”
” You slay it Aina Abdul. Letopan betul dengar suara Aina ni.. Aku suka sangat.. versi Melayu dengan Korea. dua-dua pun best.. ”
” Part last terus bunyi ost drama Korea yer, makin deep. Terus vibe ost Korea.. Aina bijak, sebutan dia clear. Meremang dengar.. ”
” Love Aina.. Letop sekali.. Aina serba boleh.. suara dia macam Ailee juga sebenarnya.. Daebak my queen.. ”
Terbaik lah nyanyian Aina pada konsert ini, meremang warganet mendengar lantunan suara Aina itu. Sekali dengar, seakan OST drama Korea pula. Apa-apa pun. tahniah Aina kerana berani membuat kelainan. Semoga terus maju jaya dan lebih banyak kejayaan dikecapi oleh Aina selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG Aina Abdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

