Artis / Selebriti
” First note Aina masuk sedap gila. Weh, last tu sumpah gempak. Kak Lina power.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berduet dengan Aina Abdul menyanyikan lagu Ella, Tiada Tangis Lagi buat ramai terhibur. Fuh power betul suara dua-dua, saling memberi antara satu sama lain. Duet terpaling padu..
Kehebatan vokal Aina Abdul tidak dapat dinafikan dan Aina telah pun beberapa kali memenangi anugerah vokal terbaik. Selalunya lagu balada yang dibawakan oleh Aina dalam persembahannya. Kali ini, Aina kembali lagi berkaraoke bersama Elly Mazlein atau Kak Lina dalam segment Karok bersama Kepom di Carta Era 40.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gandingan dua suara hebat ini menyanyi lagu asal nyanyian Ratu Rock negara, Ella berjudul Tiada Tangis Lagi. Jarang dapat melihat Aina menyanyi lagu genre slow rock seperti ini dan ternyata vokal Aina sesuai dengan lagu sebegini.
Kak Lina juga umum diketahui mempunyai suara yang lunak dan merdu. Mendengar nyanyian Aina dan Kak Lina membuatkan warganet terpegun. Apabila penyanyi example dan penyanyi nombor 1 Malaysia bergabung, memang gempak persembahan mereka.

Memetik komen warganet, duet antara Aina dan Kak Lina sangat seimbang dan mereka saling memberi peluang untuk sama-sama menyanyi. Ada juga yang meminta agar Aina dan Kak Lina disatukan dalam satu single baru kerana suara mereka sangat serasi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” First note Aina masuk sedap gilaa.. ending part kak lina tu bagi gila-gila .. bravo la dua-dua menyala.. “
” Ni yg kita nak bila duet.. dua2 kasi chance masing2 bila nyanyi.. bukan berlaga2 tunjuk siapa hebat.. lagi terus sampai.. “
” Arghhhhh sedapnya Aina nyanyi lagu niiiii.. Aina kena buat satu lagu genre macam ni.. macam suara penyanyi rock dulu dulu.. “
” Dua dua tak relax wehhhhhh… suka giler kak lina duet ngn aina.. sblm ni pon ad kan dua2 ni duet kt era… best giler.. buat lah single duet sama-sama, padu sangat ni.. “
” Lobe sangat penyanyi no syatu dan penyanyi Example Kak Lina Kepom dan Aina.. Wehhhh last tu sumpah gempak. KAK LINA POWER.. “
” Serious sedap gile gabungan 2 orng ni nyanyi lagu ni.. best betul suara ainaabdul .. suara kaklina pun masuk je sekali.. ahh susah sgt,rakamlah duet berdua kan senang.. “
” Woww..dua2 letop gituhhh.. Kepom mmg serba bole.. Aina usah diragui kehandalan dia.. sis terhibur kerna lagu ini adalah peberet sis.. sis peminat kak Ella Dan lagu ini lagu keremajaan sis.. “
Memang power suara Aina dan Kak Lina menyanyi lagu ini. Saling melengkapi dan yang penting, kedua-duanya ada tone suara yang sangat merdu. Semoga impian warganet untuk melihat Aina dan Kak Lina berduet dalam satu lagu single akan tercapai suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

