Artis / Selebriti
” Open weh, pastu siap CCTV atas kepala.. ” – Azar Azmi
Azar Azmi kongsi keadaannya ketika di berada dalam bilik tahanan reman buat ramai tersentuh hati. Part tandas terbuka dan CCTV atas kepala buat Azar tidak mampu menahan sebak..
Menerusi akaun Tiktok Sembang Seram, pelakon Azar Azmi baru-baru ini berkongsi pengalaman peribadinya ketika ditahan reman, sekali gus menyentuh hati ramai pihak. Menerusi perkongsiannya, Azar mendedahkan keadaan di dalam bilik tahanan yang cukup mencabar dan jauh daripada keselesaan.
Antara yang paling mengejutkan buat Azar adalah keadaan tandas yang terbuka tanpa privasi, selain kehadiran CCTV yang sentiasa memantau setiap pergerakan. Ia agak sukar buat Azar walaupun kesemua tahanan adalah wanita termasuk warden yang menjaga mereka.
Lebih memilukan, Azar turut berkongsi bahawa sepanjang berada di dalam tahanan, tiada kemudahan asas seperti tilam, bantal mahupun selimut disediakan. Keadaan itu menyebabkan dirinya terpaksa berdepan dengan situasi yang sangat tidak selesa, lebih-lebih lagi ketika waktu malam.

Dengan nada sebak, Azar mengakui pengalaman tersebut memberi kesan emosi yang mendalam kepada dirinya. Rata-rata netizen yang membaca perkongsian itu turut meluahkan rasa simpati dan terharu, malah ada yang tidak menyangka keadaan dalam tahanan sedemikian rupa.
Jom tonton video di bawah :
@sembangseram Open wehh, pastu siap cctv atas kepala?! 😭 #azarazmi #sembangseram #safwannazri #podcast #kisahseram
♬ Sad and painful live performance of violin and piano(999531) – ishinuki
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Npe aq ingt akak ni cm prnh brlakon dlm maaf xindah erk citer tu thun 2020… Citer bru, Cctv x ada dlm bilik.. Tmpt mandi ada tembok paras peha tinggi.. X open hbis.. “
” Azar, apa yg kau crita mmg org awan xakan dapat pengalaman yg cukup² berharga.. KLU lokap biasa dinding separuh ,xde la open trs.. “
” Kadang² Allah uji sbb bgi kita rasa hidup niii tk seindah yang kita rasa. tp aku suka tgk azar..tetap senyummm. Itulh nasib Dik yg baik dtang dari Allah yg jahat dari diri kita sendiri .. “
” Kesian sedih semoga Allah senantiasa berkahi anda murah kan rezqi berlimpah Dan di naikkan darjat mu Amiin ya Rabbal Al-aminn.. “
” Ujian dr Allah berbagai… Redha dn sabar adalh kunci untk ujian trsebut… Mcm mne la keadaan ustazah yg langgar student tu ea.. “
” Pernah pegi hiking masa tu ada azar azmi dgn kawan2 tgh naik scrambler offroad atas bukit tu.. dia peramah sangat2 x sombong tau… sgt humble.. “
” Dia ni dulu Rock giler dia xde gedik xde cover cun mmg jenis selamber mmg humble sgt2 xsombong. Dia uji sblm dia naikn darjat kau kak. Kau org yg baik kak.. “
Pengalaman yang dikongsikan Azar Azmi ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh Azar sehingga akhir hayatnya. Di sebalik segala ujian yang dilalui, ia turut mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji dengan cara tersendiri. Semoga Azar tabah dan berjaya menemui kebahagiaan selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sembang Seram
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

