Artis / Selebriti
” Apa yang didakwa duit 1.5 juta dengan apa kemasukan duit dekat akaun aku, 270 ribu tu.. ” – Azar Azmi
Video Azar Azmi akhirnya buka mulut mengenai isu duit yang masuk ke akaun banknya berkaitan kes penipuan penjualan tanah raih perhatian warganet. Allahuakbar, itu sebenarnya yang terjadi..
Tiada angin tiada ribut, nama Azar Azmi tiba-tiba dikaitkan dengan isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran. Nama Azar yang sudah lama menyepi dan hilang bertahun-tahun lamanya dari industri seni kembali menjadi sebutan. Setelah melalui proses reman, Azar akhirnya dibebaskan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sembang Seram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Sembang Seram. Azar bercerita mengenai kronologi sebenar kes yang namanya terpalit dan menjadi perbualan ramai. Sebelum ini, Azar tidak pernah menyebut tentang wang yang masuk ke akaun personalnya.
Ekslusif di Sembang Seram, semuanya dibongkarkan oleh Azar. Safwan yang bertindak sebagai host podcast ini hanya mampu menggelengkan kepala mendengar kejadian sebenar yang terjadi kepada sahabatnya ini. Siapa sangka, orang yang paling Azar percayai akhirnya menganiaya hidupnya.

Apa yang dilaporkan dalam berita, ianya tidak sama dengan kehidupan yang Azar lalui. Banyak kecaman yang diberikan oleh netizen di luar sana dan harapan Safwan agar mereka ini dapat mendengar penjelasan sebenar daripada mulut Azar sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@sembangseram Hgpa kena dengar elok2 apa yang sebenarnya terjadi baru hgpa fahamm. Jangan buat pandai main komen je ok 👍🏻 #azarazmi #sembangseram #safwannazri #podcast #kisahseram
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 47 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku percaya ckp Azar sbb ape Tau…stetment die tak tukar2… cc cerita die Dr A- Z consistent jer…sama mcmne die cerita kt live dato aliff Dan dato vida.. “
” Dia nak cerita tapi terbatas tak boleh nak detail sangat sebab benda ni hal rumahtangga. Serba salah dia. Dia pun ada cakap dia sebelum ni memang suka husnudzon jadi maksudnya dia memang orang baik.. “
” Cara percakapan dia sudah paham apa itu ujian dan apa itu redha..Ujian ini memberi tahu siapa pasangan dia yang sebenar biarpun agak terlambat mgetahui tapi belum terlewat untuk membetulkan semula perjalanan hidup didunia apatah lagi lebihkan akhirat.. “
” Kesian dia,MIL dia mcm sesuatu..suh berhenti belakon.. tp and up dia pun xtimbol… iktibar suami yg mengkhianati kejujuran isteri. semoga urusan beliau dipermudahkan.. “
” Nampak kejujuran dia.. Allahhuakhbar.. semoga Azar tabah hadapi ujian Allah yg besar ni. Allah uji sbab Azar mampu.. & Allah sayang..semoga dipermudhkn urusn dunia & akhirat Azar sklga.moga Allah permudahkan urusan Azar Azmi.. “
” Kesian nampak kedukaan di mata dia.. Azar..Kuat betul mental awak. Awak lalui dengan tenang dan selebihnya Allah permudahkan urusan awak.. “
” Kuat sgt mental dia nie. kalau aku mmg dh blah dh. yelah kan kita ckp mcm nie sbb kita x lalui. Org puteh cakap it’s easier said than done . tpi yg lalui adalah dia.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu realiti sebenar yang Azar hadapi di sebalik tuduhan yang tidak dilakukannya. Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk Azar dan semua kesulitan ini segera berakhir supaya Azar dapat hidup dengan tenang bersama anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sembangseram
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

