Artis / Selebriti
” Now aku caya dia manja-manja kat video tu semua tak fake.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Dini Schatzamann Menelefon Isterinya, Janna Nick Ketika Di Konti Radio Era. Alahai Manjanya Janna Cakap, Lembut Sangat. Patut Lah Dini Jatuh Hati. Ramai Yang Ingat Selama Ni Content Je Cakap Manja-Manja Macam Tu, Sweet Sangat Tau !!
Meninjau di akaun Instagram radio Era telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Dini Schatzmann menjadi tetamu jemputan pada segmen petang bersama pengacara Haniff dan Ray. Difahamkan kehadiran Dini adalah mempromosikan drama baru lakonannya bertajuk ‘Bercakap Dengan Jun’ .
Menerusi drama tersebut, Dini memegang watak sebagai seorang penyeluk saku. Manakala video kedua pula memaparkan Haniff dan Ray meminta Dini menelefon isterinya, Janna Nick untuk bertanya sama ada Janna sedang duduk atau sedang berdiri.
Ketika membuat panggilan, seloroh Dini berharap agar Janna tidak marah kerana sebelum itu sudah beberapa kali Dini menelefonnya. Ketika panggilan dijawab, tak disangka Janna menyambut panggilan Dini dengan nada suara sangat manja.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang menyukai cara Janna bercakap dengan suaminya yang dikatakan sangat sopan dan sweet. Akui peminat, perwatakan manja Janna itu adalah semula jadi dan tidak fake.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Now aku caya dia manja-manja kat video tu semua tak fake.. Moga Janna & hubby bahagia sampai syurga.. “
” Pernh dlu dgr jannah citer psl family dia.. dia dr broken family kn..bila ada lelaki yg btl2 love n caring dia.. dia btl2 apprciate org tu.. “
” Comel Janna rupanya.. Sebab dia nampak mcm kasar d luar , tp dgn husb dia comel mcm kucing… Sweet betul.. “
” Tu la org tak paham biase pmpn yg nampak garang kat lua ni outspoken nie dia manjah tau dgn laki dia… Manje dia pasangan dia je tau.. “
” Kan Dini ad cakap.. Janna kat rumah senyap gile… Jenis lembut je kt uma tak macam kat lua haukkkk haha Janna mmg manjahhhh la kt uma dgn shumii dia hihi.. “
” Terus aku insaf.. Dengar Janna bercakap. Okey dapat positive vibe pagini.. Kene berubah ni, haha mahu husband aku dengar pengsan.. “
” Bagus nya cara dia cakap dgn laki dia eh.. Okay nak kena ubah jgk cara aku ni.. Kalau aku ckp gitu kt suami aku.. Terus diaa ckp, kau dh kenapa.. Buang tabiat.. “
Alahai sweet sangat cara Janna cakap, setiap pertuturannya begitu sopan. Patut lah ramai yang mendengar pun boleh jadi cair. Siap ada yang nak praktis cakap dengan suami mereka. Apa-apa pun semoga Dini dan Janna terus bahagia bersama serta hubungan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, jannanick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
