Connect with us

Artis / Selebriti

” Ngek la Nabil, teruk sangat YB tak ori ni. Keluar air mata aku ketawa.. ” – Komen Netizen

Video Nabil Ahmad meniru gaya YB Saddiq buat warganet terhibur. Amboi jadikan gambar YB Saddiq sebagai topeng muka lagi. Lawak sungguh ayat Nabil tu, berdekah gelak. YB celup ni Nabil oii.. 

Khidmat Bella Astillah di stesen radio Era FM sebagai penyampai radio untuk segment 3 Pagi Era masih lagi diteruskan. Gandingan Bella bersama Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad mendapat sokongan pendengar dan ramai yang suka mendengar celoteh mereka berempat.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil cuba meniru gaya percakapan tunang kesayangan Bella, YB Syed Saddiq. Nabil mencetak wajah YB Saddiq dan menggunakan gambar itu seperti topeng muka di wajahnya dengan menyelitkannya di celah songkok.

Nabil berlakon seakan-akan dia adalah YB Saddiq dan mengatakan Bella adalah tunangnya. Berdekah Radin dan Pak Azad ketawa melihat Nabil menyakat Bella. Nabil mengulangi semula kata-kata yang YB Saddiq ucapkan pada majlis pertunangannya bersama Bella.

Apa yang mencuit hati warganet adalah suara Nabil yang jauh berbeza dengan suara YB Saddiq. Memetik komen warganet, suara Nabil seperti suara Jarjit dalam siri animasi Upin dan Ipin. YB klon tak akan sama dengan YB yang original, jauh sangat perbezaannya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hahahaha ngek la nabil. Teruk sangat yb xori ni. SS version beli dri shoppe kot haha.. macam suara jarjit sigh pun ada gakk ekk haha.. “

” Suara YB kalau dengan Bella manja.Ini mcm suara, haha tak tergamak nak cakap.. “dia suka iron baju saya” ngek la nabil ni.. “

” Nape comel sgt nabil ngusik bella.hahahaha.. Jahat kau Nabil…nnti ko kena ingat YB tu lawyer lulusan Oxford dri Muar.. “

” Bongok laaa nabil haha.. sewel nabil ni… mengekek aku sampai keluar airmata aku ketawa.. Nabil memang lawak.. “

” Kuat sungguh abang-abang Bella ni menyakat Bella. seram eh klon YB ni.. sweet je cara Bella tolak provok tu.. “

” YB Saddiq tengok mesti dia pun gelak. teruk betul gayanya yb saddiq klon ni.. terlebih saddiq haha.. “

” Kemain terbelit lidah tu ye Nabil haha.. abg ni nakal suka usik adik bongsu. Rotankan semua yb saddiq.. lawak yb celup haha.. “

Bukan main seronok lagi Nabil mengajuk YB Saddiq, mengekek warganet ketawa melihat gelagat Nabil itu. Beruntung Bella kerana ada abang-abang yang kelakar dan menyayanginya seperti adik sendiri. Jaga-jaga Nabil, tentu YB Saddiq akan warning Nabil nanti, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan🏛️ Politik: Politik📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized