Artis / Selebriti
” Nanti kalau kamu nak ambil Zareef, siapa nak jadi menantu saya.. ” – DS Aliff Syukri
Video Dato’ Aliff Syukri membuat live bersama Ammar Ahyan dan anak Datuk Eizlan Yusof, Zareef Yusof buat ramai terhibur. Wah, Dato’ Aliff cakap Zareef bakal menantu dia lah. Ini respon Zareef..
Meninjau di akaun TikTok milik papalaris dherbs, telah dikongsikan video usahawan terkenal, Aliff Syukri yang sedang membuat siaran langsung untuk mempromosikan produk jualannya. Menerusi video tersebut, Dato’ Aliff tidak keseorangan, sebaliknya ditemani anaknya, Ammar Ahyan serta Zareef, anak kepada pelakon terkenal, Datuk Eizlan Yusof.
Pada awal siaran langsung itu, mereka bertiga dilihat santai melayan komen daripada penonton. Dalam suasana berseloroh, ada seorang penonton meninggalkan komen mahu ‘membeli’ Zareef. Tanpa berfikir panjang, Zareef terus menjawab secara spontan bahawa dirinya tidak boleh dijual.
Tidak terhenti di situ, Aliff Syukri turut berseloroh dengan mengatakan jika Zareef dijual, siapa pula yang akan menjadi menantunya nanti. Kata-kata tersebut membuatkan suasana live bertambah gamat. Lebih mencuit hati apabila Zareef seakan-akan bersetuju dengan gurauan tersebut dan melayan sahaja usikan yang diberikan.

Gelagat mereka yang kelihatan ‘sekepala’ dan serasi bersama jelas mencuri perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat keakraban itu, malah ada yang memuji sikap Zareef yang dilihat matang dan tidak kekok berinteraksi ketika siaran langsung berlangsung.
Tonton video di bawah ini :
@papalaris_dherbs_ ‼️👉@Papalaris| Jaja Empire💥 🫣🔥
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sesuai betul kalau jadi menantu pun. Memang sekepala dengan bapak mertua, haha.. Comel pula aku tengok reaksi Ammar tu.. “
” Weyyyy zharif “betul” kan, makna nyaaaaaa zharif mmg berkenan dgn ces laaa kan.. Haaaa kantoiiii lah, hehe.. “
” Mata amayan bila zareef jawap betul hahha memang kelakar sangat lah.. Reaksi jujur betul, tak ade nya nk fake2.. “
” Kalau kamu ambik zareef sape nk jadi menantu saya.. Betul.. Ahhh.. Pastu menyempat lagi tanya ada adik beradik cantik2 utuk amayan, hahahaaa.. “
” Hahaha kan dia mcm eh ada adik baru… Amayan kacak, smart, adab bagus.. Sayang parents,sayang adik2.. Zareef pakai kopiah pun sama style ngan dato.. “
” Mata amayan subtitle, ahhaaha zareef pula sebiji perangai macam dato alippp, mahu tak peningnya amayan, haha.. “
” Hahaha. boleh pula dia jawab ‘betul’.. Boleh tahan kelakar rupanya budak Zareef ni.. Tengok live dorang pun penat je ketawa.. “
Selain itu, ada yang bersetuju bahawa Zareef kelihatan sesuai menjadi menantu Aliff Syukri dan dalam masa yang sama, mengatakan wajah mereka berdua mempunyai sedikit iras hingga membuatkan ramai semakin teruja dengan gurauan tersebut. Perkongsian video itu mencuit hati dan menghiburkan para penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papalaris_dherbs_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

