Artis / Selebriti
” Nak menikah dah ‘kembar’ mama.. ” – Tengku Ampuan Pahang
Menjelang istiadat perkahwinan Tengku Arif Bendahara Pahang bermula esok, Tengku Ampuan Pahang kongsi gambar throwback Tengku Muhammad Iskandar semasa bayi. Alahai comelnya..
Berbaki beberapa hari sahaja lagi YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar bakal menjadi pengantin. Tengku Muhammad memilih Tengku Natasya Tengku Adnan sebagai suri hatinya dan ianya direstui sepenuhnya oleh ayahanda dan bondanya.
Untuk makluman, majlis istiadat perkahwinan diraja ini akan berlangsung bermula esok, 22 Oktober 2024 dan akan berakhir pada 28 Oktober. Meninjau akaun Tiktok KDYMM Tengku Ampuan Pahang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi gambar Tengku Muhammad ketika bayi dahulu.
Tunku Azizah turut menulis di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ nak menikah dah kembar Mama ‘. Melihat wajah Tengku Muhammad, ramai yang memuji kecomelan putera Pahang ini. Kini Tengku Muhammad membesar menjadi seorang putera yang kacak dan segak.

Tengku Muhammad sememangnya banyak mewarisi wajah dan juga perwatakan bondanya itu. Seorang yang periang dan berjiwa rakyat, saling tak tumpah seperti Tunku Azizah. Disebab itulah Tunku Azizah menggelarkan Tengku Muhammad sebagai ‘kembar’nya.
Jom tonton video di bawah :
@cmspahang nak menikah dah kembar Mama !
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cute Tengku Muhammad. counting days dah.. tak sabar nak tengok live nanti. semoga dipermudahkan semua urusan.. “
” Hari istimewa dan penting semakin dekat untuk TAB dan Tengku Natasya.. Semuga segala urusan dipermudahkan.. “
” So excited and can’t wait.. semoga dipermudahkan urusan tuanku.. gambar tengah tu… sebijik macam muka Tengku Hassanal.. “
” Pejam celik dh nk kahwin dah kembar Tuanku.. cpt betul masa berlalu.. Tuanku, ada gmbr Tengku Ahmad dan Tengku Afzan masa kecik x. mcm x pernah tg.. “
” Comel sangat Tengku Muhammad masa baby. Pipi tu geramnya. Dah nak nikah. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Yang gambar baring tu sama yang gambar semalam hahah.. Dah tak lama, tak sabar nak tengok gelagat tengku Muhammad nanti.. “
” Comel Tengku Muhammad, bulatnya Tengku Muhammad, patutlah comel.. masa kecik dah ada iras Tengku Hassanal.. Semoga dipermudahkan urusan tuanku sekeluarga nanti.. “
Comel sungguh wajah bakal diraja ini ketika kecil. Apa-apa pun, semoga segala perancangan yang telah dibuat rapi berjalan sebagaimana yang dirancang dan segalanya dipermudahkan untuk urusan perkahwinan antara Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tengku Ampuan Pahang, IG Kesultanan Pahang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

