Artis / Selebriti
” Nak macam muka arw4h dah, sebak tengok.. ” – Netizen
Video Terbaru Ayash Affan Memakai Baju Abangnya, Uwais Alqarni Buat Ramai Sebak. Alahai Dah Besar Ayash, Baju Abang Pun Dah Muat. Makin Handsome Lah Ayash !!
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian video terbaru anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan telah membuatkan ramai peminat berasa sebak. Ini kerana Ayash mengingatkan kembali arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.
Kini Ayash sudah berusia lebih 2 tahun dan ini bermakna Siti Sarah juga sudah pergi meninggalkan kita selama itu juga. Walaupun begitu, Ayash membesar dengan begitu sihat sehingga boleh muat memakai pakaian abangnya, Uwais Alqarni.
Gelagat Ayash memakai baju tersebut sangatlah comel. Ayash tidak tahu untuk duduk diam sehingga tergolek Ayash ketika berada di sofa. Lagu latar yang digunakan juga sangat sesuai dengan video tersebut dan sangat menyentuh hati.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh tidak sampai 2 jam. Ayash kini berada dalam jagaan neneknya iaitu ibu Shuib dan sesekali Ayash akan tinggal bersama Shuib.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ada netizen yang berasa sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Wanita hebat yg lahirkan dia.. skrg dh besar.. semoga membesar dgn hebat.. Nk mcm muka arwah… Sebak tgok.. So cute.. “
” Makin segakkk lah bila dah besar.. Ibu awk tunggu awk disyurga tau. MasyaAllah Tabarakallah…geram tgk Ayash comel n ensem boy.. “
” Shuip tolong buat untuk kanak2…. lawa la… mesti banyak sambutan.. Membesar dgn sihat ayash.. muat dia mana la tidak gemokk ayash pon.. “
” Semoga ayash jd anak yg soleh buat daddy n mummy watie.. sampai tergolek dia review.. handsome.. Ingat Ayash Memory Arwah Siti Sarah.. “
” Ya allah ayash tegolekkkk. Eishhhh auntie geget satg.. Bulat sgt ayash nie smpai tgolek.. Dia dh besar…sebaknya .. membesar dgn baiknya..”
” Alhamdulillah nmpk sehat ayah..comey bulat..sebijik sgt iras arwah ibu..ALFATIHAH buat arwah ibu Siti Sarah.. dah boleh ada adik baru.. “
” Tenanglah Bonda yg melahirkan anak hebat ini. Moga Ayash membesar menjd insan hebat spt Bondanya. Aamiin . cantik baju tu.. “
Semakin Ayash membesar semakin nampak seiras wajah Ayash dengan arwah ibunya dan abangnya, Uwais Alqarni. Semoga Ayash Affan membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



